Skip to main content

Amaran berwaspada perubahan cuaca di Terengganu


KUALA TERENGGANU -- Penduduk Terengganu diminta  berwaspada  dengan  perubahan cuaca yang berlaku di negeri ini berikutan pertembungan angin barat daya dan angin tenggara yang boleh membawa kepada kejadian ribut.
Mengikut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca baik pada waktu pagi disusuli dengan ribut petir  pada  lewat petang yang berlaku sekarang dijangka akan berterusan sekurang-kurangnya seminggu lagi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata ribut yang melanda empat daerah di Terengganu Isnin lepas berpunca  daripada  pertembungan angin barat daya dan angin tenggara 
Katanya ini tiada kaitan dengan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim peralihan monsun yang kebiasaannya hanya akan bermula sekitar pertengahan Oktober setiap tahun.
“Ribut biasanya kerap berlaku semasa peralihan monsun tetapi boleh juga terjadi semasa monsun barat daya sekiranya wujud keadaan atmosfera yang kondusif dan fenomena ribut ini berupaya menyebabkan kemusnahan yang agak teruk,” katanya, lapor Bernama.
Beliau berkata ribut yang melanda  pada 4 petang Isnin lalu menyebabkan 2,600 rumah penduduk dan 48 sekolah mengalami kerosakan manakala APM menerima lebih 20 kes pokok tumbang di beberapa jalanraya utama sekitar negeri ini.  
Ditanya mengenai persiapan APM Terengganu untuk menghadapi banjir pada tahun ini pula, Che Adam berkata satu taklimat khas akan diadakan dalam masa terdekat berhubung perkara itu. 
"Pihak sekretariat pengurusan bencana akan memberi taklimat persediaan sebelum, semasa dan selepas banjir itu kepada wakil rakyat dan diperluaskan kepada semua wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk memastikan operasi bantuan kepada mangsa banjir berjalan lancar.
"Kesemua pengurusan yang terlibat dengan bencana banjir nanti juga perlu mengikuti Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan agar kita dapat meminimakan kerosakan infrastruktur, harta benda dan kehilangan nyawa," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...