Skip to main content

Lebih baik tangguh daripada tanggung kos tinggi


BENTONG -- Kerajaan mungkin terpaksa membayar kos terbantut atau kos abortif yang lebih tinggi jika keputusan menangguhkan Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dibuat lebih lewat, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Sehubungan itu katanya beliau tidak faham dengan pandangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata kerajaan sepatutnya menunggu  sehingga garis masa tender projek tamat pada penghujung tahun ini sebelum membuat keputusan menangguhkan HSR.  
"Kenapa kena tunggu sampai hujung tahun? Jika kita tidak buat (penangguhan) sekarang  nanti akan kena bayar lebih... kerana secara asasnya lagi lambat kamu hentikan lagi banyak pampasan perlu dibayar. 
"Saya tidak faham apa lojik dia (Najib), melainkan jika mahu kita membayar lebih banyak. Saya perlu membaca lebih lagi penjelasan dia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Taklimat dan Penerangan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Dewan Perniagaan Cina Bentong, lapor Bernama.
Lim mengulas kenyataan Najib menerusi laman Facebooknya bahawa kerajaan sepatutnya menunggu sehingga tender projek HSR ditutup sebelum memeterai perjanjian dengan Singapura untuk menangguhkan projek itu sehingga Mei 2020. 
Najib dilaporkan berkata tender untuk pakej pembiayaan kewangan HSR itu kebiasaannya sangat berdaya saing menjadikan tidak mustahil pembida akan memperuntukkan pakej pinjaman dengan kadar faedah sifar atau 0.1 peratus selain tempoh moratorium daripada sebarang bayaran balik seperti projek sama di India dan Indonesia.
Media sebelum ini melaporkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan persetujuan kerajaan membayar kos abortif atau kos terbantut sebanyak S$15 juta (RM45.1 juta) kepada kerajaan Singapura susulan keputusan penangguhan terbabit.
Mengulas mengenai SST, Lim berkata kesediaan kerajaan menambah senarai barang yang dikecualikan cukai berdasarkan maklum balas orang ramai menjelang akhir tahun ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah (B40)
"Sebagai contoh aksesori telefon bimbit yang dahulu dikenakan cukai 10 peratus tapi dikurangkan kepada 5 peratus selepas kita dapat maklum balas bahawa ramai yang menggunakannya. 
"Kerajaan terima pandangan rakyat kerana yang paling penting ialah kita pastikan kerajaan boleh mengutip hasil tanpa mengurangkan kesejahteraan rakyat yang menjadi keutamaan kami," katanya. 
Lim berkata  peniaga juga tidak perlu bimbang untuk berbincang dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia jika mempunyai masalah kerana mereka mengamalkan pendekatan lembut, mesra dan prihatin dalam tempoh awal pelaksanaan semula SST. 
Katanya kastam tidak akan mengambil pendekatan menghukum mereka yang melakukan kesalahan pada peringkat awal, namun berharap peniaga yang terlibat dapat tampil bertemu pihak berkenaan. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...