Skip to main content

Hukuman ta'zir boleh dikritik


PARIT BUNTAR -- Kerajaan Persekutuan khususnya kabinet tidak pernah memperlekehkan pelaksanaan undang-undang syariah di setiap negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berkata adalah menjadi keprihatinan kerajaan agar pelaksanaan hukum Islam di setiap negeri dilihat dalam aspek lebih besar dan holistik kerana ia memberi kesan kepada pesalah serta agama. 
"Kerajaan khususnya kabinet tidak pernah pertikaikan proses perundangan dan peruntukan sedia ada di negeri-negeri, itu kena jelas. 
"Selagi ada peruntukan, ikut proses dan semua itu dimaksimumkan, tiada bantahan (daripada pesalah), akhirnya hukuman dilaksanakan ini kita tidak kacau," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan untuk mangsa ribut serta sumbangan kepada surau dan masjid di Tanjung Piandang, lapor Bernama.
Pada majlis itu, 43 mangsa ribut menerima sumbangan antara RM200 hingga RM500 manakala surau mendapat RM3,000 dan masjid RM5,000.
Mujahid, yang juga Anggota Parlimen Parit Buntar, mengulas hukuman sebat enam kali yang dilaksanakan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu terhadap dua wanita berumur 32 dan 22 kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 8 April lepas.
Menjelas lanjut, Mujahid berkata tidak menjadi isu bagi Kerajaan Persekutuan yang tiada kuasa ke atas peruntukan undang-undang negeri untuk memberi perhatian terhadap perkara tertentu.
"Ini (sebatan) adalah hukum ta'zir dan kita boleh kritik tiada masalah. Kritik cara, apa tujuan hukuman dilaksanakan dan paling utama kesan bukan nak aibkan tetapi nak beri pengajaran," katanya.
Selain itu, beliau berkata satu perbincangan meja bulat akan diadakan dengan Institut Pengajian Lanjutan Islam Antarabangsa Malaysia (IAIS) bagi membincangkan isu perundangan Islam dalam konteks rahmatan lil alamin (rahmat) dan Maqasid Syariah, akhir bulan ini.
Beliau berkata persidangan itu membabitkan peserta bersesuaian dan Kerajaan Negeri bagi mendapatkan pandangan semua pihak mengenai isu perundangan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...