Skip to main content

Parlimen kini jadi kawasan larangan merokok


PUTRAJAYA -- Mulai hari ini, sudut merokok dan tempat makan di dalam bangunan Parlimen diisytihar sebagai kawasan larangan merokok, umum Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata langkah itu dilaksanakan secara  serius mengikut peraturan bagi menjadikan keseluruhan kawasan berkenaan sebagai bebas merokok.
“Bagi perokok, mereka perlu merokok di luar bangunan Parlimen itu kerana di dalam bangunan Parlimen tiada lagi kawasan untuk merokok,” katanya kepada media selepas majlis perjumpaan bulan Oktober Kementerian Kesihatan 2018.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengisytiharkan semua restoran termasuk gerai dan warung di tepi jalan  di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok mulai 1 Jan 2019. 
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye sebelum ini dilaporkan berkata setakat ini, larangan itu hanya berkuat kuasa untuk restoran makanan yang berhawa dingin, bangunan kerajaan, taman awam, lif termasuk kenderaan awam.
Dalam perkembangan lain, Dr Dzulkefly berkata kementeriannya menjangka dapat mengekalkan peruntukan sejumlah RM27 bilion iaitu sembilan peratus daripada keseluruhan Bajet 2019.
Beliau berkata pihaknya telah membentangkan keperluan vaksin pneumokokal diletakkan sebagai ‘permintaan khas’ dalam Bajet 2019 seperti termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan. 
“Walaupun peruntukan itu masih ditahap yang rendah dan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Bank Dunia untuk sesebuah Kementerian Kesihatan,  pihaknya memahami kekangan kewangan yang dialami negara ini,” katanya. 
Sehubungan itu Dr Dzulkefly berkata kementerian telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Amanah Pelaburan Hartanah Islam yang berpotensi menambah pendapatan kementerian dalam mengendalikan keperluan yang kritikal, lapor Bernama. 
“Perkara ini tidak rahsia lagi, saya telah membentangkan inisiatif  pelaburan itu dan kaedah mendapat peruntukan tambahan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam. 
“Dr Mahathir meminta kami (Kementerian Kesihatan)  menyatakan cadangan tersebut kepada Majlis Penasihat Ekonomi Negara dan Kementerian Kewangan,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...