Skip to main content

Setem dan medalion pertabalan Sultan Kedah dilancar


ALOR SETAR -- Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini berkenan merasmikan pelancaran setem dan medalion pertabalan sempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Okt depan.
Turut berangkat ke majlis pelancaran yang berlangsung di Balairung Seri Kecil, Istana Anak Bukit di sini, Sultanah Kedah Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff.
Selain itu, Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan isteri Toh Puan Bendahara Kedah Datin Seri Diraja Puan Seri Datuk Nora Abdullah; Tunku Temenggong Kedah Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah serta Tunku Laksamana Kedah Datuk Tunku Shazuddin Arif Ibni Sultan Sallehuddin turut berangkat ke majlis pelancaran itu.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan isteri Tok Puan Norzieta Zakaria juga hadir pada majlis pelancaran berkenaan.
Pegawai Kewangan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Pelancaran Setem dan Medalion Pertabalan itu Datuk Ammar Shaikh Mahmod Naim ketika berucap pada majlis pelancaran itu berkata set folder setem berkenaan akan mula dijual di semua cawangan Pos Malaysia pada 22 Okt ini.
Beliau berkata set folder setem itu terdiri daripada setem Sampul Surat Hari Pertama, Lembaran Mini dan risalah penceritaan berkenaan Sultan Sallehuddin.
"Pengeluaran setem ini melibatkan tiga jenis setem yang bernilai 60 sen setiap satu yang bermotifkan Tuanku Sultan Kedah (Sultan Sallehuddin) berpakaian sikap, berpakaian tentera dan berpakaian kebangsaan berlatar belakangkan Istana Anak Bukit. 
"Turut sama dalam set folder tersebut adalah Lembaran Mini berharga RM5 bermotifkan gambar Tuanku Sultan dan Sultanah Kedah (Sultanah Maliha) berpakaian kuning songket dan turut disertakan Sampul Surat Hari Pertama," katanya. 
Mengenai medalion pertabalan pula, Ammar berkata sebanyak lima jenis medalion yang disediakan sempena istiadat pertabalan iaitu dua jenis medalion emas, dua jenis medalion perak dan satu jenis medalion emas nordic yang kesemuanya bermotifkan gambar Sultan Kedah.
"Medalion ini akan dijadikan cenderahati kepada tetamu-tetamu yang hadir pada istiadat pertabalan nanti," katanya, lapor Bernama.
Beliau berkata persediaan rekaan dan pengeluaran medalion itu melibatkan kerjasama Bank Negara Malaysia manakala penyediaan rekaan dan percetakan setem berkenaan pula mendapat kerjasama Pos Malaysia Berhad.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...