Skip to main content

Atlet para tidak mahu dibuat pencapaian pecah rekod dunia


SEPANG -- Kejayaan memperbaharui rekod dunia dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) pada Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, merupakan satu kenangan yang tidak akan dilupakan oleh atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly.
Anak jati Perlis itu mencatat 7.64 meter, sekali gus memperbaharui rekod terdahulu, 7.60 meter yang dilakarnya pada Sukan Paralimpik Rio 2016.
"Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk memperbaharui rekod saya sendiri dan alhamdulillah syukur, akhirnya saya berjaya leburkan juga rekod itu selepas dua tahun,” kata Abdul Latif ketika ditemui pemberita setibanya dari Jakarta di LapanganTerbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama kumpulan terakhir atlet paralimpik negara.
Ketibaan mereka disambut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar; barisan pegawai dan staf MSN dan ISN serta ahli keluarga atlet paralimpik masing-masing.
Mengulas lanjut, Abdul Latif tidak mahu dibuai dengan kejayaan tersebut, namun menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus memburu kemenangan dalam beberapa kejohanan antarabangsa selepas ini.
"Saya akan mengambil rehat beberapa minggu sebelum kembali menjalani latihan kerana saya akan menyertai beberapa kejohanan besar pada tahun hadapan termasuk Sukan Para ASEAN 2019 di Filipina dan Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di UAE,” katanya yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016.
Berkongsi pandangan sama adalah seorang lagi atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang berbangga kerana dapat membantu kontinjen Malaysia meraih kejayaan cemerlang di Jakarta.
Beliau memaklumkan akan mengambil cuti selama beberapa minggu sebelum kembali menjalani latihan seperti biasa sebagai persediaan menghadapi beberapa kejohanan antarabangsa pada tahun hadapan.
"Saya sudah berbincang dengan jurulatih saya (Mohd Faizol Harun) di mana saya akan menyertai beberapa kejohanan utama seperti Kejohanan Paralimpik Dunia di UAE, Para ASEAN di Filipina, namun yang lebih penting, saya cuba melayakkan diri secara merit ke Sukan SEA sebagaimana yang saya lakukan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan semestinya saya mahu menang dalam kesemua pertandingan itu,” jelas anak jati Gombak, Selangor itu.
Muhammad Ziyad yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, melakukan lontaran sejauh 16.94 meter dalam acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran), sekali gus mencipta rekod baharu temasya, lapor Bernama.
Malaysia menamatkan cabaran Sukan Para Asia 2018 di kedudukan kelapan dengan meraih 17 emas, 26 perak dan 25 gangsa, sekali gus mengatasi pencapaian pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan menerusikutipan 15 emas, 20 perak dan 27 gangsa.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...