Skip to main content

Hasil kerajaan berkurang RM21 billion lepas laksana SST


KUALA LUMPUR -- Kementerian Kewangan berkata hasil kerajaan berkurang sebanyak RM21 billion bagi 2018 apabila ia melaksanakan kembali sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 Sept 2018 bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Menterinya, Lim Guan Eng berkata, anggaran kutipan SST bagi tahun ini untuk tempoh September sehingga Disember 2018 adalah sebanyak RM4 bilion.
“Oleh itu, kehilangan hasil cukai berasaskan kepenggunaan bersih adalah berjumlah RM17 bilion bagi 2018,” katanya di sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat.
Lim menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) mengenai jumlah pengurangan hasil pendapatan kerajaan apabila GST dihapuskan serta strategi kerajaan untuk menampung semula kekurangan hasil pendapatan tersebut.
Beliau berkata, sebahagian daripada pengurangan kutipan GST tersebut akan diimbangi oleh tambahan hasil berkaitan petroleum yang dijangka berjumlah RM5.4 bilion berikutan peningkatan harga minyak mentah purata kepada US$70 setong (Brent) berbanding andaian US$52 setong yang diguna pakai dalam Bajet 2018.
Selain itu, beliau berkata, terdapatnya tambahan dividen yang dianggar sebanyak RM5 bilion daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), termasuk Petronas dan Khazanah Nasional Bhd.
“Tambahan dividen ini adalah skali selaras dengan peningkatan harga minyak mentah dunia pada 2018 berbanding andaian yang digunakan dalam Bajet 2018,” kata Lim.
Meskipun harga minyak mentah dunia berada di sekitar US$70 setong, Lim berkata, peratusan hasil berkaitan petroleum kepada keluaran dalam negara kasar hanyalah di sekitar 3.3 peratus berbanding 9.2 peratus pada 2009 di mana pada tahun tersebut harga minyak mentah dunia adalah US$62 setong.
“Ini menunjukkan bahawa kerajaan telah mengurangkan kebergantungan kepada hasil berkaitan petroleum,” kata beliau.
Di samping itu, Lim berkata, antara langkah-langkah lain bagi meningkatkan hasil kerajaan persekutuan adalah menerusi aktiviti audit dan siasatan yang berterusan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi meningkatkan pematuhan cukai dan mengurangkan jurang cukai.
Kerajaan juga akan meneroka sumber hasil baharu, terutama daripada aktiviti transaksi atas talian dan menyemak semula insentif cukai bagi memastikan impak yang minimum kepada pengurangan hasil namun menjana aktiviti ekonomi.
“Kerajaan turut melaksanakan langkah rasionalisasi perbelanjaan dengan menyusun semula keutamaan perbelanjaan serta mengkaji, menangguh dan merunding semula projek-projek berkos tinggi.
“Selain itu, kerajaan turut merasionalisasikan fungsi jabatan, program dan projek bagi mengelak pertindihan serta meningkatkan tadbir urus perolehan supaya lebih cekap dan telus,” kata Lim.
Lim berkata langkah ini dijangka memberi penjimatan keseluruhan perbelanjaan sebanyak RM10 bilion, lapor Bernama.
Namun begitu, Lim berkata, kerajaan tetap komited terhadap manifesto Pakatan Harapan yang mana antara terasnya adalah untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Dalam hal ini, harga petrol RON95 telah distabilkan pada RM2.20 seliter dan diesel pada RM2.18 seliter di mana langkah ini akan memberi penjimatan kepada rakyat Malaysia dalam bentuk subsidi sebanyak RM3 bilion sehingga Disember tahun ini.
Di samping itu, beliau berkata, bantuan istimewa juga telah diberikan kepada setiap penjawat awam gred 41 dan ke bawah serta pesara jawatan awam yang melibatkan perbelanjaan kira-kira RM700 juta.
“Kerajaan akan terus memastikan pertumbuhan ekonomi terus kukuh dalam mengimbangi kedudukan kewangan dan paras hutang,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...