Skip to main content

BN yang beri maklumat tidak benar berhubung hutang PTPTN



KUALA LUMPUR -- Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan menafikan dakwaan seorang bekas menteri Barisan Nasional kononnya manifesto Pakatan Harapan mengenai soal bayaran balik pinjaman tabung itu dibuat tanpa memikirkan sedalam-dalamnya.

 Beliau berkata dakwaan anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mengenai perkara tersebut adalah tidak benar, sebaliknya manifesto itu dibuat tanpa maklumat dan data tepat yang diberikan kerajaan BN dahulu.

 "Saya rasa Khairy perlu sedar bahawa semasa mereka berada dalam kerajaan mereka tidak memberikan maklumat kewangan kerajaan yang sebenar kepada kami di pihak pembangkang dan kami terpaksa menulis manifesto berdasarkan maklumat-maklumat yang sedikit.

 "Bila kami masuk ke dalam kerajaan barulah kami tahu keadaan sebenar seperti kedudukan hutang negara. Sekarang dia (Khairy) mendakwa kami menulis manifesto tanpa berfikir. Bukan tanpa berfikir tapi sebenarnya tanpa data lengkap sebab mereka tidak memberikannya kepada kami," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, alpor Bernama.

 Beliau diminta mengulas kenyataan Khairy hari ini yang dilaporkan berkata PH membuat janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 termasuk mengenai pinjaman PTPTN, tanpa berfikir sedalam-dalamnya sehingga kini dilihat tidak mampu menunaikannya.

 Wan Saiful yang juga Timbalan Pengarah Biro Strategik dan Dasar PPBM berkata ekoran kedudukan kewangan negara ketika ini, kerajaan terpaksa memikirkan semula bagaimana untuk melaksanakan janji-janji yang terkandung dalam manifesto terutamanya 10 janji dalam masa 100 hari yang antaranya termasuk mengenai bayaran balik pinjaman PTPTN.

 Menjelas lanjut mengenai janji itu, Wan Saiful berkata PTPTN telah menawarkan peminjam yang berpendapatan RM4,000 ke bawah yang hendak menangguhkan pembayaran balik untuk memohon kepada PTPTN dengan menyediakan maklumat pendapatan.

 "Jika peminjam tidak memohon kepada PTPTN maksudnya mereka mempunyai pendapatan lebih daripada RM4,000 atau mereka mempunyai kemampuan untuk membuat bayaran walaupun pendapatan kurang daripada RM4,000," katanya.

 Katanya, maklumat pendapatan itu boleh diserahkan kepada PTPTN menerusi laman web perbadanan itu selewat-lewatnya 25 Julai ini.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...