Skip to main content

Sempoi sangat permintaan Tun M sempena hari jadinya



KUALA LUMPUR -- "Tidak perlu hadiah, cuma ucapan Selamat Hari Jadi sudah mencukupi."

Itulah permintaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat Malaysia sempena sambutan hari jadinya ke-93 hari ini.

"Mesej atau kenyataan hari jadi sahaja kepada saya. Itulah yang saya hargai sepenuhnya," katanya dalam satu temubual bersama Radio Bernama pagi ini.

Negarawan yang menjadi perdana menteri Malaysia ketujuh selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lepas turut berseloroh berkata beliau adalah pelupa dan tidak pernah mengingati hari lahirnya sendiri.

Namun isteri tercinta Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali merupakan insan yang selalu akan mengingati hari istimewa beliau itu.

"Saya ini pelupa, hari jadi saya pun saya tak ingat. Tapi isteri saya tak pernah lupa. Pagi-pagi dia bagi tahu kepada saya, Selamat Hari Jadi. Jadi saya pun selamat la, saya pun celebrate la.

"Kalau nak harapkan kepada saya, hari jadi saya pun saya tak ingat," katanya.

Katanya sajian pulut kuning dan rendang daging juga menandakan hari istimewa tersebut.



Dalam temubual singkat itu, Dr Mahathir turut berkata sebelum dikenali ramai kadang-kadang beliau akan membawa Dr Siti Hasmah untuk untuk makan malam berdua, tetapi kini beliau tidak boleh lagi berbuat demikian.

Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri Malaysia keempat pada 1981 hingga 2003 juga ditanya mengenai perbezaan pentadbirannya dahulu dan kini.

"Banyak berbeza. Dulu saya mengambil alih kerajaan daripada parti saya sendiri dan tak banyak masalah. Jentera kerajaan berjalan dengan baik dan saya cuma memberi panduan sahaja.

"Kali ini seolah-olah saya terpaksa membentuk kerajaan baharu dan mencari pegawai-pegawai yang bersih untuk mengurus pentadbiran negara dan saya sendiri tak kenal mereka.

"Saya perlu dapatkan maklumat tentang diri mereka sama ada sesuai atau tidak untuk memimpin jentera kerajaan," katanya.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...