Skip to main content

Hakim kendali kes Najib ditukar



KUALA LUMPUR --  Kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta dijangka didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi baharu.

Sumber daripada mahkamah hari ini mengesahkan bahawa Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak yang sebelum ini mendengar kes Najib akan ditukarkan ke Mahkamah Tinggi Sivil 10 bermula 1 Ogos ini.

Ia adalah rutin biasa untuk seseorang Hakim ditukarkan ke mahkamah lain, kata sumber.

Sumber lain berkata pula surat pertukaran itu telah ditandatangani Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim awal minggu ini.

Difahamkan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dari Mahkamah Tinggi Dagang 1 akan menggantikan tempat Hakim Mohd Sofian di Mahkamah Jenayah 3.

Bagaimanapun Bernama melaporkan usaha media untuk menemui Mohd Sofian gagal kerana hakim itu sedang mendengar perbicaraan kes.


Pada 4 Julai, Najib, 65, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Sofian atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Sebelum ini media melaporkan, Hakim Mohd Sofian perlu menarik diri daripada mendengar kes Najib atas alasan abang kepada Hakim Mohd Sofian mempunyai kedudukan dalam UMNO dan kerajaan Pahang.

Bagaimanapun pada 6 Julai lepas Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan media berkata pemilihan hakim Mohd Sofian untuk mendengar kes Najib dibuat secara rawak.

Kenyataan itu menyebut mulai 13 Jun 2017, pendaftaran kes jenayah di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah dilaksanakan secara dalam talian melalui Portal e-Filing Mahkamah (https://efs.kehakiman.gov.my).

Menurut kenyataan itu proses pendaftaran ini bermula apabila pihak Pendakwa Raya memfailkan kes mereka dalam sistem e-Filing dan sistem ini akan membahagikan kes secara rawak kepada hakim-hakim yang mengendalikan kes jenayah.

Merujuk kepada kes Pendakwa Raya lwn Dato' Sri Najib bin Haji Abd Razak yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018, pendaftaran dan pembahagian kes telah dibuat secara rawak  oleh sistem kepada Mahkamah Tinggi 3, Bahagian Jenayah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kata kenyataan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi 3 ialah Hakim Mohd Sofian.


Kes Najib ditetapkan pada 8 Ogos untuk sebutan dan pendengaran perintah halangan yang dimohon oleh Anggota Parlimen Pekan untuk menghalang media daripada menyiarkan perbincangan umum berkaitan merit kes itu dan bagi menetapkan tarikh perbicaraan kes itu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...