Skip to main content

HFMD juga boleh bawa maut



KUALA LUMPUR -- Komplikasi kronik yang wujud akibat penyakit kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) berisiko mengundang maut, kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Norita Shamsudin.

Katanya, meskipun HFMD ini merupakan penyakit jangkitan ringan, namun risikonya tinggi sekiranya tidak dirawat lebih awal.

Jangkitan virus khususnya Enterovirus 71 (EV71), kemungkinan akan ada komplikasi seperti dehidrasi, radang otak, kegagalan jantung dan paru-paru dan akhirnya menyebabkan kematian. Itu yang kita risau sebab majoriti kes HFMD tahun ini disebabkan EV71 sememangnya boleh menyebabkan komplikasi.

Pada tahun 2015 dan 2016, virus Coxsackie A16 dikenal pasti sebagai penyebab utama berlaku HFMD. Namun berdasarkan pemantauan sampel tahun ini, lebih 50 peratus daripadanya (kes) disebabkan EV71 apabila kanak-kanak yang dijangkiti tidak mempunyai daya ketahanan terhadap virus tersebut, katanya kepada Bernama.

Dr Norita berkata penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur, namun kebiasaannya hampir 90 peratus kes HFMD melibatkan golongan kanak-kanak bawah lima tahun.


Ketika ditanya mengenai kebarangkalian jangkitan HFMD walaupun pernah dijangkiti sebelum ini, Dr Norita berkata ia tidak mustahil, bergantung kepada daya ketahanan badan seseorang.

Apa yang penting ialah langkah pencegahan yang perlu diambil oleh ibu bapa khususnya dan pengusaha taska bagi mengelakkan jangkitan itu merebak.

Aspek kebersihan perlu dititikberatkan, segera bawa anak untuk mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai tanda jangkitan serta mengelakkan daripada membawa mereka ke tempat awam, katanya.

Penyakit HFMD adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada virus yang mudah berjangkit terutama virus Coxsackie A16 dan EV71 dan boleh merebak menerusi air liur, cecair luka dan najis.

Kementerian Kesihatan pada 24 Julai lepas menyatakan terdapat peningkatan kes HFMD apabila 35,886 kes kumulatif wabak itu direkodkan di seluruh negara dari 1 Jan hingga 23 Julai tahun ini.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...