Skip to main content

Ideologi pelampau LTTE masih wujud dan berbahaya

sumber: www.quora.com

KUALA LUMPUR -- Kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) yang bertanggungjawab dalam pertumpahan darah selama lebih tiga dekad di Sri Lanka diketahui telah beberapa tahun ditewaskan pasukan keselamatan negara itu.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata kepada Bernama menerusi temuramah eksklusif di sini, baru-baru ini, namun ideologi kumpulan itu dan penyokongnya tetap wujud di seluruh dunia serta mampu memberi ancaman kepada mana-mana negara, termasuk Malaysia.

LTTE yang diketuai V. Prabhakaran mencetuskan pemberontakan pemisah untuk mewujudkan wilayah autonomi Tamil Eelam di utara negara pulau itu apabila golongan majoriti Sinhala menindas masyarakat Tamil, iaitu kumpulan minoriti.

Kempen keganasan LTTE menerima sokongan moral dan pembiayaan daripada ramai pihak termasuk diaspora Tamil yang bersimpati dengan nasib masyarakat Tamil di negara itu.

Musa berkata ancaman LTTE tidak boleh dipandang ringan kerana Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menyenaraikan mereka sebagai kumpulan pengganas dan selaras itu, ia diharamkan di Malaysia dan 32 negara lain.


Baru-baru ini Timbalan II Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P.Ramasamy menerima kritikan kerana dikatakan terlibat dengan perjuangan LTTE sehingga parti beliau, DAP, meminta penjelasan akan pembabitannya dengan kumpulan itu.

Musa berkata sebelum ini, Polis Diraja Malaysia pernah menangkap enam rakyat Malaysia (pada 2004 dan 2005) yang berlatarbelakangkan profesional seperti peguam dan akauntan kerana terlibat dengan LTTE.

"Ketika itu saya dapat maklumat daripada polis Sri Lanka bahawa mereka mengutip dana dibantu oleh rakyat kita dan kita ambil tindakan,"  katanya kepada Bernama.

"Berkemungkinan masih wujud, ideologi LTTE tidak mati, sama juga macam Komunisme, ideologi tidak boleh hilang. Setiap kumpulan ekstrimis adalah ancaman kepada negara kita.

"Kini, walaupun ketua mereka Prabhakaran sudah mati, saya percaya rangkaian mereka masih wujud, katanya.


LTTE terus mendapat sokongan pihak yang bersimpati dengannya, terutama daripada pelarian Tamil yang menetap di Barat semasa memuncaknya konflik bersenjata di Sri Lanka.


Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...