Skip to main content

Jamal bebas dengan ikat jamin RM20,000



SHAH ALAM -- Selepas hampir sebulan ditahan di Penjara Sungai Buloh, Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 dengan tiga penjamin berlainan oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datuk Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Jamal yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menyemak keputusan Mahkamah Majistret Ampang semalam yang membatalkan perintah ikat jamin yang diberikan kepada Jamal bagi dua pertuduhan menceroboh premis.

Yazid dalam penghakimannya berkata mengambil kira fakta dan keadaan kes bagi pertuduhan
melarikan diri dari hospital, mahkamah membenarkan Jamal, 48, diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bernama melaporkan, hakim itu turut bersetuju dengan hujahan peguam bahawa bagi kesalahan menurut Seksyen 448 Kanun Keseksaan iaitu dua pertuduhan menceroboh premis dan juga berdasarkan kes lain di mahkamah, beliau mendapati majistret tidak mempunyai sebarang budi bicara untuk membatalkan jaminan yang telah diberikan walaupun mendapati penjelasan pemohon (Jamal) tidak memuaskan semalam.

Berasaskan alasan ini, saya membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 bagi setiap satu kes
di bawah Seksyen 448 dengan dua orang penjamin yang berlainan, katanya.

Selain Muhammad Shafee, Jamal turut diwakili Datuk Mohd Imran Tamrin manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairus Johari dan Fatin Hadni Khairuddin mewakili pihak pendakwaan.
Jamal membayar wang jaminan itu dan dibebaskan hari ini.

Semalam, Mahkamah Majistret Ampang membatalkan perintah ikat jamin terhadap Jamal bagi dua pertuduhan menceroboh dua premis perjudian di Taman Kosas, di sini, dua tahun lalu.

Bagi tuduhan menceroboh, Jamal didakwa bersama-sama empat lagi yang masih bebas didapati melakukan pencerobohan di Kedai Happy Toys, No. 23, Jalan Kosas 1/2, Taman Kosas, di sini.

Dia juga didakwa bersama seorang yang telah dituduh dan seorang lagi yang masih bebas melakukan perbuatan sama di Kedai Starcom Trading and Services No. 23&25, Jalan Kosas 13, di taman sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 3.30 dan 3.40 petang, 29 Dis 2016 mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 5 Julai lalu, Jamal mengaku tidak bersalah atas tuduhan melarikan diri daripada jagaan pihak polis yang menahannya secara sah di sisi undang-undang mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...