Skip to main content

Kerajaan BN tidak telus berhubung kos HSR



KUALA LUMPUR -- Kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak mendedahkan kos tersembunyi berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

 Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata anggaran kos sebenar projek itu berjumlah RM110 bilion dan bukannya RM55 bilion seperti yang diumumkan kerajaan BN sebelum ini.

 "Kos RM55 bilion yang disebutkan tadi ialah kos projek. Tetapi, banyak juga kos tersembunyi yang tidak didedahkan kerajaan sebelum  ini. Maka, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada hari ini bertanggungjawab untuk mendedahkan keseluruhan kos pembinaan projek ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, lapor Bernama.

 Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang bertanyakan mengapa anggaran kos yang didedahkan terlalu tinggi iaitu hampir dua kali ganda berbanding kos asal yang diumumkan.

 Mohamed Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak berkata kerajaan juga sedang meneliti kemampuan kewangan untuk membiayai projek HSR itu dengan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bersama kerajaan Singapura.

 "Kita akan lihat kemampuan kerajaan untuk membiayai projek ini. Itu sebab perkara ini tidak dapat dilaksanakan dalam suasana ekonomi pada hari ini. Maka kerajaan mengambil pendirian berbincang dengan kerajaan Singapura bagi memastikan semua terma dalam perjanjian ini dipatuhi," katanya.

 Menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) megenai aspek yang dikaji berhubung projek tersebut, Mohamed Azmin berkata Peguam Negara Tommy Thomas telah menyemak kandungan Perjanjian Dua Hala Projek HSR yang ditandatangani pada 13 Dis 2016 dan berpendapat perkara itu mesti diselesaikan mengikut undang-undang yang juga melibatkan rundingan dua hala.

 "Berdasarkan kepada nasihat peguam negara, kita sedang meneliti semua opsyen yang ada," katanya.

 Beliau berkata perjanjian projek tersebut juga menyediakan klausa untuk mana-mana pihak membatalkan projek tersebut, namun tertakluk kepada syarat yang termaktub dalam perjanjian tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...