Skip to main content

MRT3 hanya ditangguh, bukan batal



KUALA LUMPUR -- Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini menjelaskan Laluan 3 Aliran Transit Massa (MRT3) tidak dibatalkan dan hanya ditangguhkan untuk mengurangkan bebanan hutang kerajaan.

Menurut beliau, kabinet akan menentukan bila proses menyambung semula pembinaan MRT3 akan dibuat namun menegaskan projek utama seperti MRT3 akan diberi keutamaan sekiranya kedudukan kewangan negara pulih.

"Sebarang keputusan besar sebegini, perlu mendapatkan keputusan kabinet.

"Tetapi sekarang priority (keutamaan) kerajaan ialah mengurangkan kadar hutang negara terlebih dahulu, tetapi untuk projek penting seperti MRT3, apabila kedudukan kewangan negara pulih, sudah tentunya ia akan diberi keutamaan untuk dikaji semula," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang meminta kementerian menyatakan rasional dan implikasi daripada pembatalan projek pengangkutan awam seperti MRT3.

Menurut Loke, kerajaan tidak menafikan bahawa projek MRT3 akan membawa pelbagai manfaat, tetapi pelaksanaannya harus dikaji semula demi mendapatkan hasil yang optimum dari segi faedah kos projek berkenaan memandangkan tahap hutang negara yang sedia ada adalah terlalu tinggi.

 Jelasnya, berdasarkan Laporan Kebolehlaksanaan yang disediakan oleh MRT Corp pada awal tahun 2017, jajaran projek MRT3 adalah sepanjang 40 km dan merupakan 'circle line' yang melalui kawasan-kawasan seperti Jalan Duta, Setiawangsa, Pandan Indah, Salak Selatan, Bandar Malaysia dan Kerinchi.

"Oleh kerana jajaran MRT3 melalui kawasan pusat bandar yang tepu bina dan berkepadatan tinggi, maka hampir 80 peratus daripada jajaran MRT3 adalah terowong bawah tanah. Ini menyumbang kepada kos pembinaan yang sangat mahal iaitu dijangka mencecah RM50 billion.

 Katanya bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam sekaligus membantu mengurangkan kesesakan jalan raya, kerajaan akan memberi keutamaan kepada perkhidmatan pelbagai jenis bas yang akan dipertingkatkan dari segi kualiti perkhidmatan dan rangkuman serta menambah baik sistem KTM Komuter di Lembah Klang menerusi kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih struktur landasan kereta api.

 "Penangguhan projek MRT3 memberi peluang kepada kita untuk mengkaji semula keutamaan bajet, di mana kerajaan akan memberi fokus baharu kepada penambahbaikan perkhidmatan bas serta pembangunan infrastruktur bukan sahaja di sekitar Lembah Klang namun di seluruh Malaysia selaras dengan manifesto kerajaan untuk menambah baik kualiti serta liputan perkhidmatan pengangkutan awam," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...