Skip to main content

Nombor pendaftaran khas edisi 'Malaysia' boleh dibina mula hari ini




SEREMBAN -- Nombor pendaftaran kenderaan edisi ‘Malaysia’ telah dibuka untuk bidaan mulai hari ini hingga 15 Ogos dengan harga tempahan minima RM10,000 bagi nombor 1 hingga 10.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata orang ramai boleh mula membuat bidaan di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia di negeri masing-masing dan keputusannya akan diperoleh pada 29 Ogos ini.

“Nombor pendaftaran kenderaan edisi Malaysia ini mempunyai empat kategori dan masing-masing mempunyai nilai bidaan minima yang mana bagi kategori ‘Nombor Bernilai Utama RM10,000’ iaitu nombor 1 hingga 10 serendah RM10,000, Nombor Menarik RM2,000 dan RM300 untuk Nombor Popular dan Nombor Semasa.

“Mereka yang berminat boleh membuat bidaan mengikut sistem manual sedia ada…tiada nombor yang boleh di’reserve’ (tempah) oleh mana-mana pihak termasuk orang kenamaan, saya sendiri pun bida di pejabat JPJ hari ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas membuat bidaan bagi nombor 509 edisi itu, dengan nilai bidaan RM1,509, sebagai simbolik kepada tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 di Ibu Pejabat JPJ Negeri Sembilan.
 
Loke berkata nombor pendaftaran kenderaan 2020, bagaimanapun dikhaskan untuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Nombor ini kita simpan untuk Tun M, tetapi kalau Tun M tidak mahu baru kita buka bidaan kepada orang ramai,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...