Skip to main content

Samseng punya hal, Dewan Rakyat kecoh dua jam

KUALA LUMPUR -- Gara-gara mengungkit kisah lama dan penggunaan perkataan 'samseng', persidangan hari pertama Dewan Rakyat hari ini menjadi kecoh apabila Anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah dan 'menyerang' sesama sendiri kerana tidak puas hati.

 Keadaan riuh tercetus dan berlarutan selama hampir dua jam bermula semasa Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) yang juga Anggota Parlimen pertama diberi ruang untuk membahaskan ucapan menjunjung  kasih titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.



 Johari memulakan perbahasan dengan menyentuh soal negara bertuah kerana hidup dalam keamanan meskipun rakyatnya terdiri daripada pelbagai latar belakang, berbilang kaum dan agama serta sentiasa mengamalkan sikap saling hormat menghormati.

 Suasana perbahasan Johari, yang beberapa kali terganggu dan pada awalnya terkawal bertukar hangat dengan penyokong kerajaan dan pembangkang bangun mencelah dan bertikam lidah menyatakan rasa tidak puas hati.

 Kekecohan menjadi hangat selepas Anggota Parlimen (BN-Lenggong) Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah bangun mencelah, berkata beliau setuju dengan apa yang diperkatakan Johari namun mengambil kesempatan menempelak beberapa wakil rakyat kerajaan.

 "Kita sokong apabila rakan-rakan tadi menyebut Anggota Parlimen perlu menunjukkan kredibiliti dan kebijaksanaan, malangnya Anggota Parlimen Jelutong dan Bukit Gelugor sudah memulakan provokasi dan tidak melaksanakan seperti apa yang diperkatakan tadi, mereka sudah menyebut kisah lama yang sepatutnya  ditinggalkan sedangkan kita nak bawa lembaran baharu," katanya.

 Shamsul Anuar merujuk kepada tindakan terdahulu Anggota Parlimen R.S.N Rayer (PH-Jelutong) yang mencelah serta mengungkit insiden lampau berhubung kejadian yang menimpa bekas Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh yang diserang di pekarangan Parlimen.

 Anggota Parlimen (PH-Bukit Gelugor) Ramkarpal Singh, yang tidak berpuas hati lantas bangun mencelah dan membangkitkan isu serupa dan melabelkan Pemuda UMNO sebagai samseng.

 "A wheel chair bound being attacked by uncouth, uncivilised UMNO youth members. They are here today ("Seorang yang berkerusi roda diserang oleh anggota Pemuda UMNO secara tidak sopan, bertamadun. Mereka ada di sini hari ini"). Mana UMNO Youth chief (Mana ketua Pemuda UMNO)? Mana dia? Saya dengar pada masa itu seorang di atas wheel chair (kerusi roda) diserang bukan seorang tapi lima ke sepuluh UMNO youth gangsters (gangster pemuda), UMNO Youth Chief what did he do? (Ketua Pemuda UMNO apa yang dia buat?)"," kata Ramkarpal Singh.

 Tindakan Ramkarpal Singh menyebut perkataan 'samseng' mengundang rasa tidak puas hati wakil rakyat pembangkang lalu Shamsul Anuar bangkit meminta Ramkarpal menarik semula perkataan 'samseng' yang disifatkan sebagai biadab serta tidak menghormati dewan.

 Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) kemudian turut bangkit mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36 (4) kepada Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

 Ismail, yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, meminta Mohd Rashid membuat satu perintah supaya Ramkarpal Singh menarik semula perkataan itu.

 Peraturan 36(4) menjelaskan adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadab) atau membuat pernyataan yang seksis.

 Seorang lagi bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee (BN-Beluran) turut bangkit menekankan kepentingan mengikut Peraturan Mesyuarat.

 Mohd Rashid kemudian membuat keputusan mengarahkan Ramkarpal Singh menarik balik perkataan samseng yang dikeluarkannya.

 Bagaimanapun,  Ramkarpal Singh berkeras mengakibatkan suasana dewan terus kecoh dengan wakil pembangkang melaung-laungkan 'rules of law' sambil menunjukkan buku biru Peraturan Mesyuarat untuk mendesak Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu mematuhi arahan untuk berbuat demikian.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...