Skip to main content

Sinis, MP BN dan PAS kena dengan Agong



KUALA LUMPUR -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini mencuit perhatian umum apabila secara berseloroh bertitah menasihatkan semua anggota Parlimen agar 'tidak lari' dari tempat duduk masing-masing ketika istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 hari ini.

 Aksi spontan Seri Paduka ketika menjemput semua anggota Parlimen mengambil tempat duduk masing-masing itu disambut dengan tepukan dan tawa anggota Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang, sekali gus menceriakan suasana dalam dewan.

 "Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tuan Yang Dipertua Dewan Negara dan ahli-ahli yang berhormat sekalian, sila duduk dan jangan lari," titah baginda sambil tersenyum, lapor Bernama.

 Seri Paduka kemudiannya duduk untuk menyampaikan titah ucapan perasmian pembukaan.

 Titah nasihat itu membuatkan ramai merujuk kepada insiden pembangkang bertindak keluar dewan semalam berikutan tidak puas hati dengan prosedur pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu.

 Tindakan keluar dewan bukan perkara baharu semasa sidang Dewan Rakyat memandangkan hampir setiap kali mesyuarat berlaku insiden seumpamanya, melibatkan kalangan anggota pembangkang.

 Malah, Seri Paduka dalam titahnya hari ini turut menasihati anggota Parlimen agar menggalas tugas dan amanah yang diberikan dengan jujur dan penuh dedikasi.

 "Beta percaya ahli-ahli Yang Berhormat akan mengambil bahagian dalam perbahasan yang sihat, matang, dapat merangsang dinamik berfikir.

 "... bukan untuk mencari pihak yang benar tetapi untuk menemukan apa yang baik lagi benar, memberi cadangan, teguran dengan penuh berhemah dan bijaksana, penuh kesopanan dan bertatasusila supaya institusi Parlimen terus dihormati, dipandang tinggi oleh rakyat dan dunia luar," tidak Seri Paduka.

 Mesyuarat Dewan Rakyat penggal ini akan berlangsung selama 20 hari sehingga 16 Ogos depan.




Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...