Skip to main content

80 peratus pengasuh di Taska tidak miliki kelayakan minimum



PUTRAJAYA -- Kira-kira 80 peratus atau 13,700 orang pengasuh bagi kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah di taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih tidak memenuhi kelayakan minimum, Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP) setakat Jun 2018.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kekurangan bilangan pengasuh yang berkelayakan memberi implikasi terhadap jumlah taska yang berdaftar.
"Unjuran banci Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2010 menganggarkan jumlah kanak-kanak berusia kosong hingga empat tahun pada 2018 seramai 2.3 juta orang," katanya pada Majlis Perasmian Hari Taska 2018 di sini hari ini.
Jelasnya berdasarkan statistik tersebut, jika dianggap bahawa 50 peratus daripada kanak-kanak di Malaysia yang berusia empat tahun ke bawah memerlukan taska, maka negara  memerlukan 38,333 buah taska bagi menampung jumlah kanak-kanak tersebut.
Bagaimanapun, katanya statistik pendaftaran taska JKM menunjukkan bahawa bilangan taska yang berdaftar adalah sebanyak 4, 302 buah sahaja (11.22 peratus).​​​​​​​​​​
Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata bilangan tersebut menunjukkan kekurangan yang amat jelas dari aspek keperluan dan ketersediaan taska di negara ini.
"Kekurangan pengasuh berkelayakan dan bilangan taska berdaftar akan memberi implikasi terhadap jaminan kualiti dan keselamatan anak-anak kita," katanya.
Dr Wan Azizah menegaskan ketersediaan taska adalah penting bagi menyediakan sistem sokongan kepada ibu bapa yang bekerja dalam menguruskan anak-anak semasa tempoh mereka keluar bekerja.
"Hal ini secara tidak langsung akan membantu negara mencapai matlamat untuk meningkatkan penyertaan tenaga buruh dalam kalangan wanita sebanyak 59 peratus pada 2020 berbanding 54.7 peratus pada 2017," katanya.
Jelasnya aksesibiliti terhadap taska membolehkan golongan wanita atau ibu-ibu terus kekal atau kembali ke pasaran kerja dan akan meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran kerja sekaligus dapat menjana ekonomi keluarga dan negara.
‘Keserataan’ telah diangkat sebagai tema bagi sambutan Hari Taska Kebangsaan 2018 selari dengan komitmen kerajaan terhadap Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak yang telah diratifikasi sejak 1995.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...