Skip to main content

ADUN Setia Setia meninggal dunia



SHAH ALAM -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia yang juga Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, 55, meninggal dunia di Hospital Putrajaya pukul 6.28 petang tadi.

 Setiausaha Kanan Allahyarham, Zafrullah Aris dalam satu kenyataan berkata jenazah Shaharuddin akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Desa Pinggiran Putra, Kajang, dan urusan pengebumian akan dilakukan esok.

 Dalam pada itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Borhan Aman Shah berkata jenazah Allahyarham akan disembahyangkan pagi esok di Masjid Kampung Limau Manis, Kajang dan kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Limau Manis.

 "Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Prof Dr Shaharuddin. Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan hamba Allah yang soleh," katanya dalam satu kenyataan.

 Media sebelum ini melaporkan Shaharuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 Laporan itu turut mendakwa bahawa bekas timbalan naib canselor Universiti Selangor itu menghidap kanser usus tahap empat.

 Bagaimanapun, keluarga Allahyarham menafikan sekeras-kerasnya laporan media itu dan menyatakan bahawa Shaharuddin sedang berehat setelah menjalani rawatan dan akan bercuti selama sebulan sebelum kembali semula bertugas.

 Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Shaharuddin yang juga Naib Presiden PKR memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi selepas menewaskan tiga pencabarnya daripada BN, PAS dan Bebas.

 Beliau kemudian dilantik menjadi anggota Exco kerajaan negeri dan mengangkat sumpah jawatan pada 14 Mei lepas.

 Shaharuddin meninggalkan seorang isteri, enam orang anak dan seorang cucu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...