Skip to main content

AP Kapar mohon maaf kepada Tun M


KLANG -- Anggota Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid memohon maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas kenyataannya yang mengaitkan Perdana Menteri  dengan usaha menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri kelapan.
Menurut calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR  itu pihaknya telah menghantar surat permohonan maaf tersebut kepada pejabat Perdana Menteri kira-kira pukul 9.40 pagi tadi.
"Setelah diberi nasihat, penjelasan dan arahan oleh Datuk Seri Anwar berhubung pelaksanaan peralihan kuasa menerusi panggilan telefon selama 41 minit semalam, dengan ini saya memohon maaf.
"Permohonan maaf itu dibuat atas keterlanjuran bicara saya dan semoga kebimbangan saya tentang usaha dan cubaan menggagalkan peralihan kuasa tersebut adalah perkara yang tidak benar," katanya pada sidang media di pejabatnya, lapor Bernama.
Anggota Parlimen itu sebelum ini mendakwa Dr Mahathir dan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin cuba menghalang Anwar daripada menjadi perdana menteri.
Beliau membuat dakwaan itu ketika berkempen untuk calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli di Seremban pada 12 Ogos lepas.
Dalam pada itu, Abdullah Sani berkata beliau akan membangkitkan semula isu itu sekiranya masih ada pihak luar yang cuba menggagalkan peralihan kuasa berkenaan.
Ini kerana katanya pengukuhan gabungan Pakatan Harapan (PH) adalah agenda yang wajib dipertahankan.
"Saya tidak teragak-agak untuk membangkitkan semula isu peralihan kuasa sekiranya masih ada 'tangan langit' yang tidak mempunyai locus standi yang cuba menyekat atau mewujudkan konspirasi untuk menafikan konsensus PH (melantik Anwar sebagai perdana menteri ke-8).
"Saya ingin tegaskan bahawa mereka di luar sana yang tiada kena-mengena dengan PH jangan campur tangan atau cuba gagalkan peralihan kuasa ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...