Skip to main content

Bersih bermakna tidak ada rasuah - Tun M



PUTRAJAYA -- Bersih, Cekap dan Beramanah adalah nilai yang perlu dipegang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) untuk kelancaran urusan pentadbiran negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menggariskan tiga nilai tersebut, Dr Mahathir berkata bersih bermakna tidak ada rasuah, cekap adalah berkemahiran dan boleh membuat kerja dan amanah pula berkaitan kebolehpercayaan.
Beliau berkata tiga nilai hidup itu penting kerana ia dapat menolak tekanan nafsu dan mengikut apa ditentukan oleh akal fikiran.
"Nafsu ini boleh melambatkan kerja dan meningkatkan kos hasil serta segala usaha untuk membangunkan negara akan dilambatkan. Kita tidak akan berjaya jika kita tidak bersih.
"Nilai hidup ini akan menentukan karakter sama ada kita gagal atau berjaya," katanya pada Sesi Town Hall bersama PTD yang dihadiri kira-kira 3,500 PTD daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan di sini, lapor Bernama.
Kempen Bersih, Cekap dan Amanah diperkenalkan Dr Mahathir pada April 1982 sebagai satu dasar yang menjadi amalan di negara ini.
Dr Mahathir menegaskan slogan Bersih, Cekap dan Amanah diperkenalkan bukan untuk dipamerkan tetapi diamalkan.
"Kalau dulu, semasa saya jadi perdana menteri tidak ada masalah kerana saya boleh percaya kepada semua orang. Tetapi, sekarang ada hasutan dari pihak tertentu dan wujud masalah kurang kepercayaan," katanya.
Menghurai lanjut, Dr Mahathir menerangkan nilai cekap adalah apabila sesuatu kerja atau perbuatan dilakukan berulang kali dengan jujur, maka hasilnya akan memberi kemahiran serta menjadi satu perkara yang mudah yang boleh dilakukan walaupun 'memejam mata'.
Nilai amanah itu pula sangat penting iaitu “jangan sesekali ambil apa yang bukan milik anda”, dan segala kerja dapat dilakukan dengan cepat mengikut aturan and peraturan yang ditetapkan, katanya.
"Bangsa yang melakukan segala mengikut peraturan dan berpegang kuat kepada kebersihan, tidak libat dalam rasuah, akan berjaya. Apabila rasuah menjadi budaya, tiada penyembuhnya,” katanya yang membahagikan rasuah kepada dua peringkat iaitu 'above the table' atau “di atas meja” dan 'under the table' atau “di bawah meja”.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...