NEW YORK -- Kesengsaraan serta penderitaan pelarian Rohingya, turut mendapat perhatian pemenang Oscar, Cate Blanchett yang menggesa lebih banyak usaha membantu mereka yang kini berlindung di Bangladesh, lapor agensi berita Xinhua.
''Fokus harus diberikan kepada perkara yang sangat diperlukan, ketika usaha memastikan keadaan di Myanmar sesuai untuk mereka (pelarian) kembali.
"Kebanyakan pelarian yang ditemui mempertimbangkan untuk kembali ke Myanmar, tetapi ketakutkan dan kebimbangan masih menghantui," kata aktres kelahiran Australia itu pada Mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
Beliau yang melawat pelarian Rohingya di Bangladesh pada Mac lalu, berkata adalah tidak adil apabila hak bebas bergerak, berkahwin, bekerja,mendapatkan pendidikan dan penjagaan kesihatan sempurna dinafikan sama sekali.
Pada masa ini, terdapat kira-kira 900,000 pelarian Rohingya berlindung di kem-kem sementara di Bangladesh. Sebanyak 700,000 penduduk melarikan diri dari Myanmar dalam tempoh 12 bulan lalu.
"Apa yang mereka ingin bukanlah kemewahan tetapi hanya bagi mendapatkan hak kerakyatan sepenuhnya.Ia adalah hak asas yang kita semua patut nikmati, yang tidak diperolehi penduduk Rohingya," ujar Blanchett.
Comments
Post a Comment