Skip to main content

Calon PAS untuk PRK Seri Setia pada Sabtu ini



KUALA LUMPUR -- Kepimpinan tertinggi PAS akan bermesyuarat pada Sabtu untuk membincangkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, kata Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya PAS akan membuat keputusan muktamad berhubung penampilan calon parti itu pada mesyuarat berkenaan.

"Pada prinsipnya kemungkinan besar kita yang akan bertanding, PAS akan letak calon," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, setelah diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengumumkan BN tidak akan bertanding bagi memberi laluan kepada calon PAS pada PRK itu.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim, yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian, berkata PAS  bersedia menerima bantuan daripada mana-mana pihak yang mahu membantu parti itu menghadapi pilihan raya kecil itu.

"Kita akan tengok sejauh mana UMNO akan membantu," katanya, lapor Bernama.

Kerusi DUN Seri Setia kosong apabila wakil rakyatnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia Khamis lalu selepas menderita barah usus.

Timbalan Pengerusi SPR Tan Sri Othman Mahmood dilapor sebagai berkata suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat khas pada 8 Ogos untuk meneliti aspek lokasi tempat mengundi, keselamatan dan logistik sebelum memutuskan sama ada PRK DUN Seri Setia dan DUN Balakong dapat diadakan serentak.

PRK Seri Setia adalah yang ketiga diadakan di Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lepas. Pada Sabtu lepas, PRK DUN Sungai Kandis menyaksikan kerusi itu kekal milik PKR selepas calonnya Mohd Zawawi Ahmad Mughni menewaskan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas K. Murthy.

Tuan Ibrahim menolak dakwaan bahawa pengundi PAS memboikot dengan tidak keluar mengundi ekoran peratusan keluar mengundi PRK Sungai Kandis hanya 49.4 peratus susulan keputusan PAS tidak meletak calonnya.

"Tidak timbul isu boikot, kaji selidik mendapati pengundi kita keluar tetapi ada yang tinggal jauh tidak balik, sama juga pengundi BN," katanya.

SPR menetapkan 8 Sept sebagai hari pengundian PRK DUN Balakong dengan penamaan calon pada 18 Ogos.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...