Skip to main content

Dalam video itu bukan saya yang menari - Zawawi



SHAH ALAM -- Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menyelar tindakan pembangkang yang cuba mengaitkan dirinya dengan rakaman video seorang lelaki menari di khalayak ramai.

Mohd Zawawi berkata, penyebaran video itu merupakan tindakan terdesak bertujuan menjejaskan keperibadiannya yang jelas lebih diterima masyarakat dan pengundi Sungai Kandis berbanding calon BN, Datuk Lokman Noor Adam.

"Dalam video itu jelas bukan saya yang menari, jadi mengapa kaitkan ia dengan saya, saya harap pengundi di kawasan ini tidak terpengaruh dengan cara kempen seperti ini dan bersama-sama mengamalkan politik matang," katanya dalam sidang akhbar hariannya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Lokman Noor sebelum ini yang mendakwa video tersebut adalah berkaitan perilaku seseorang menyerupai Mohd Zawawi sedang menari, yang rakaman itu dipercayai diambil sewaktu PRK Ijok pada 2007.

Sementara itu, Mohd Zawawi berkata beliau akan memperjuangkan isu perumahan di kawasan berkenaan sekiranya mendapat mandat sebagai wakil rakyat bagi kawasan berkenaan pada Sabtu ini.

Katanya beliau akan mencadangkan kepada kerajaan negeri dan syarikat pemaju milik kerajaan negeri untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di Sungai Kandis.

"Warga Sungai Kandis mestilah diberi keutamaan untuk membeli rumah di projek perumahan mampu milik ini dan harganya mestilah di bawah RM350,000.

"Saya juga akan merayu dan menyeru Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membina rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) di kawasan ini. Saya sudah mengenal pasti satu kawasan lapang di Johan Setia di sini yang dimiliki oleh kerajaan negeri yang dirasakan sesuai untuk dibina rumah mampu milik," katanya, lapor Bernama.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya ura-ura beliau akan menggantikan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin yang kini sedang dalam cuti sakit sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Zawawi menyerahkannya kepada pucuk pimpinan.

"Fokus utama saya sekarang adalah untuk menang di PRK DUN Sungai Kandis pada Sabtu ini," katanya

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...