Skip to main content

Darjah kebesaran bukan untuk yang ampu pemimpin


LANGKAWI -- Penganugerahan darjah kebesaran hanya akan diberikan kepada mereka yang berjasa kepada negara dan bukannya mereka yang menyokong pemimpin yang memerintah semata-mata, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, penganugerahan ini tidak seharusnya diberikan sewenang-wenangnya seperti yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. 
“Masa (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (menerajui pemerintahan) dulu semua orang dapat hadiah supaya sokong Najib. Kita (Kerajaan Pakatan Harapan) tak bagi hadiah. Tapi kita nak bagi kepada orang yang patut dapat,” katanya, lapor Bernama. 
Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Istana Negara untuk tidak memberi anugerah kebesaran sempena sambutan Keputeraan Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 9 Sept ini. 
“Saya tak tahu sebab apa (tiada penganugerahan kebesaran) tapi saya ingat sebabnya waktu ini kita tak tahu siapa kita nak bagi,” katanya. 
Sementara itu, Dr Mahathir menyelar kenyataan Pergerakan Pemuda UMNO baru-baru ini yang menyifatkan keputusan kerajaan menghentikan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai sia-sia. 
Menurutnya keputusan kerajaan itu dibuat setelah mengambilkira kemampuan kewangan semasa negara. 
“Kita tak ada duit (untuk meneruskan projek ECRL ini) pasal duit itu orang tertentu curi, sebab itu kita tak boleh bayar. 
“Kalau Pemuda UMNO boleh kutip sebanyak RM55 bilion (kos untuk projek itu), kita boleh teruskan dengan ECRL ini,” katanya. 
Dr Mahathir, yang juga Anggota Parlimen Langkawi, tiba di sini untuk lawatan singkat bertemu mangsa bencana ribut dan banjir kilat di Kuala Teriang baru-baru ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...