Skip to main content

Dendam punya pasal, wanita putus tangan

sumber: mstar.com.my

GEORGE TOWN -- Seorang isteri putus pergelangan tangan kiri selepas ditetak suaminya yang cemburu dengan wanita itu dalam kejadian di kawasan parkir tingkat tiga flat Bayu Nyaman, Bayan Lepas dekat sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12.55 tengah malam tadi dan bergegas ke tempat insiden sebelum mendapati wanita berusia 24 tahun berkenaan telah putus pergelangan tangan kirinya.
"Pada mulanya polis menerima maklumat berlaku kejadian ragut sehingga menyebabkan mangsa cedera kerana ditetak suspek namun sebaik kami sampai di lokasi insiden, wanita itu didapati telah putus pergelangan tangan kirinya.
"Berdasarkan siasatan awal,mangsa telah ditetak oleh suaminya dengan sebilah pisau sebelum suspek  melarikan diri dan tiada barang berharga yang hilang daripada wanita itu," katanya.
Katanya mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Anbalagan berkata pasangan itu dalam proses bercerai dan siasatan mendapati suami wanita berkenaan bertindak sedemikian kerana dendam dan cemburu dengan mangsa serta mendakwa isterinya mempunyai  hubungan dengan lelaki lain sejak dua tahun lepas. 
Katanya susulan kejadian itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Task Force Ibu Pejabat Polis Barat Daya telah melancarkan operasi mengesan suspek sebelum berjaya menahan lelaki berusia 39 tahun berkenaan di hadapan sebuah surau di Lebuh Maccalum, di sini pukul 3 pagi.
"Suspek mengaku menetak isterinya kerana cemburu dan dendam, dia turut mengalami kecederaan ketika bergelut dengan mangsa. Lelaki itu yang  mengalami cedera luka di tangan telah  menerima rawatan di Hospital Balik Pulau," katanya.
Beliau berkata lelaki yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah itu kini direman untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat menurut 326 Kanun Keseksaan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...