Skip to main content

Dewan Rakyat kini boleh bangkit isu RM2.6 billion dan 1MDB



KUALA LUMPUR -- Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Yusof hari ini menarik balik keputusan yang tidak membenarkan Anggota Dewan Rakyat menyentuh isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 billion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 Mohamad Ariff berkata beliau telah meneliti keputusan dibuat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum ini yang menyatakan isu 1MDB adalah subjudis kerana dalam siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

 "Saya telah menimbang perkara ini dan mentafsirkan bahawa mahkamah dalam Peraturan Mesyuarat hanya terpakai kepada mahkamah dalam Malaysia dan tidak terpakai kepada mahkamah luar negara," katanya selepas selesai sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, lapor Bernama.

 Beliau membuat keputusan itu sebagai jawapan kepada permohonan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada 25 Julai lepas yang ingin tahu sama ada keputusan dibuat Pandikar Amin sebelum ini berkaitan 1MDB masih terpakai di Dewan Rakyat.

 Berhubung isu dana RM2.6 bilion pula, Mohamad Ariff memberikan alasan kes berkenaan tiada lagi dalam pertimbangan mahkamah.

 Jelasnya, Mahkamah Tinggi sebelum ini telah menolak permohonan untuk mengadakan perintah sekatan mahkamah berhubung isu dana RM2.6 bilion itu.

 "Mahkamah telah memutuskan untuk menolak permohonan tersebut berdasarkan permohonan tiada merit pada peringkat interlokutori dalam kes sivil," katanya.

 Bagaimanapun, Mohamad Ariff membuat satu lagi keputusan untuk tidak membenarkan perbahasan melibatkan isu yang tertakluk dalam kes mahkamah membabitkan Najib yang dituduh di Mahkamah Tinggi terhadap tiga dakwaan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

 "Berhubung  interim gag order yang diperoleh peguam bela YB (Yang Berhormat) Pekan di mana tidak boleh menimbulkan isu-isu berkaitan yang sedang dihadapi oleh beliau boleh disebut dalam dewan ini, saya telah meneliti perkara ini dan memutuskan bahawa ia melibatkan pendakwaan kes jenayah di mahkamah Malaysia.

 "Oleh itu, tidak dibenarkan ia dibincang, dibahas atau disebut dalam dewan ini sebagai mana sekatan dalam gang order tersebut," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...