Skip to main content

Equanimity boleh dijual


KUALA LUMPUR -- Mahkamah Admiraliti hari Jumaat memberi keizinan kepada kerajaan serta 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dua anak syarikat untuk menjual  kapal  mewah 'Equanimity'.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Khadijah Idris mengizinkan permohonan itu selepas posiding di dalam kamar dengan pihak berkaitan.
“Mahkamah telah mengizinkan perintah kepada kami untuk menjual kapal…  Langkah  kami seterusnya ialah untuk menentukan kapal itu terjual kerana ia merupakan aset yang mengalami  kemerosotan dan kos penyelenggaraannya sangat tinggi,” Ong Chee Kwan, peguam  bagi  1MDB dan anak syarikat iaitu 1MDB Energy Holdings Limited dan 1MDB Global Investment Limited berkata kepada pemberita.
“Lebih lama ia (kapal) disimpan, nilainya semakin menyusut setiap hari. Jadi kami mahu kapal itu terjual secepat mungkin,” sambil menambah penjualan akan di jangka dapat dilakukan sebelum akhir tahun ini, lapor Bernama.
Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke dan Zureen Elena Md Dom mewakili kerajaan. 
Dalam notis permohonan, keempat-empat plaintif memohon penjualan kapal, bunker, minyak, pelincir dan barang lain yang boleh digunakan di atas kapal dilakukan menerusi tender awam atau  perjanjian  peribadi oleh sheriff atau pendaftar Mahkamah Admiraliti.
Keempat-empat pihak mahu pihak sheriff menerima bida atau tawaran untuk kapal dan bunker dan dana pembelian yang dibayar kepada sheriff hendaklah dalam matawang Dolar Amerika Syarikat atau euros atau Ringgit Malaysia.
Menurut mereka hasil penjualan kapal handaklah dibayar kepada mahkamah dan dimasukkan ke dalam akaun bank di Malaysia yang diluluskan oleh pejabat Akauntan Negara. 
Dalam perintah mahkamah yang difailkan semalam mereka menamakan pemilik kapal, Equanimity Kepulauan Cayman sebagai defenden. Saman yang difailkan Jeremy Joseph & Partrners.
Kapal mewah itu tiba di Pelabung Klang pada 7 Ogos setelah pihak berkuasa Indonesia menyerahkannya kepada Malaysia.
Ia dirampas di Bali pada Februari atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah yang dilancarkan oleh DoJ terhadap 1MDB.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...