Skip to main content

Equanimity perlu RM3 juta sebulan untuk selenggara


LANGKAWI -- Berbelanja RM3 juta sebulan bagi kerja-kerja penyelenggaraan sebuah kapal layar mega adalah seumpama mengadakan pesta mewah setiap hari di atas kapal sedangkan utiliti kapal layar digerakkan setiap waktu, kata seorang pakar kapal layar mewah.
Pengarah operasi Mega Yacht Club of Vanuatu Ltd, Nicholas de Souza, berkata jumlah itu juga adalah lebih daripada mencukupi untuk pengambilan anak kapal dengan gaji yang tinggi dan kapten kapal kanan secara tetap.

“Dan (jumlah itu cukup untuk) mengambil kakitangan perkhidmatan tambahan sehingga 25 orang tetapi untuk berbelanja RM3 juta… ia tentunya pesta setiap hari atau pesta amat besar setiap minggu,” katanya, lapor Bernama.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas satu laporan berita bahawa ia menelan kos kira-kira RM3 juta sebulan untuk menyelenggara sebuah kapal layar yang amat besar. Equanimity, yang dikaitkan dengan kontroversi susulan dakwaan bahawa ia dibeli dengan menggunakan dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kapal sepanjang 91.5 meter itu tiba di Pelabuhan Klang pada Selasa selepas kerajaan Indonesia, yang merampasnya awal tahun ini, bersetuju untuk menyerahkan penjagaannya kepada pihak berkuasa Malaysia.

Dengan kepanjangannya, de Souza berkata, Equanimity dianggap sebagai sebuah kapal layar dalam kelas mega dan tidak ada marina di Langkawi, setakat ini, mempunyai kapasiti untuk menerima kehadiran kapal yang bersaiz sebegitu.

Dengan pengalaman menguruskan beberapa kapal layar mega di beberapa negara, beliau berkata anggaran kos penyelenggaraan Equanimity adalah melebihi perbelanjaan biasa mana-mana kapal layar mewah yang beliau ketahui.

“(Angka yang dilaporkan) boleh membuat krew dan tetamu kapal menikmati kemewahannya, lebih daripada tinggal di hotel enam bintang untuk tempoh masa yang lama,” katanya.

Menurut beliau, walaupun kos boleh berbeza-beza dari satu tempat ke tempat lain, perbelanjaan penyelenggaraan asas untuk kapal layar mewah di Langkawai hanya mencecah kira-kira RM75,000 sebulan melibatkan krew minimum dan bayaran tempat parkir.

“Sekiranya ia (Equanimity) (dikekalkan) di sini, ia (memperuntukkan RM3 juta sebulan) akan (mencukupi) seperti mendapat semua krew di hotel kelas tinggi, yang lain memerhati dari atas kapal setiap masa dan menghiburkan tetamu hampir setiap hari,” tambah beliau.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...