Skip to main content

Guan Eng pertahan kenyataan wang tuntutan GST 'dirompak'



KUALA LUMPUR -- Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempertahankan  kenyataannya berhubung RM18 bilion wang tuntutan cukai input bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang sepatutnya dibayar balik kepada peniaga telah ‘dirompak’ kerajaan terdahulu.

Beliau kekal bertegas mengenai meskipun diasak beberapa Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang); Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Khairy Jamaluddin (Rembau) dan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam) yang memintanya menarik perkataan 'rompak' memandangkan siasatan masih berjalan.

Lim ketika menggulung Rang Undang-Undang Kastam (Pindaan) 2018 berkata satu siasatan terbuka mengenai perkara itu dengan dipimpin oleh individu luar yang bebas dan berpengalaman bakal disyor kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas selesai siasatan dalaman.

Katanya Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Dr Ismail Bakar dilantik mengetuai siasatan dalaman itu.

"Ini supaya rakyat boleh mengetahui tentang kebenaran kes ini," katanya pada persidangan Dewan Rakyat.

Pada persidangan Dewan Rakyat semalam, Lim mendedahkan terdapat sejumlah RM19.4 bilion dalam tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST sejak pelaksanaannya pada April 2015 sehingga 31 Mei lalu.

Katanya baki sedia ada dalam Tabung Bayaran Balik hanyalah sekitar RM1.49 bilion sahaja menandakan ada kekurangan kira-kira RM18 bilion.

Dalam pada itu, Dewan Rakyat meluluskan pindaan RUU Kastam berkenaan yang berbangkit daripada pelaksanaan sistem percukaian baharu iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Persidangan dewan itu turut meluluskan RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018 selepas tiada anggota Dewan Rakyat berminat untuk membahaskannya.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan pemansuhan GST dan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Perkhidmatan 2018 dan pada Selasa, RUU Cukai Jualan 2018 bagi memperkenalkan semula pelaksanaan SST.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...