Skip to main content

Halimey Abu Bakar calon PKR di Seri Setia



PETALING JAYA -- Pakatan Harapan (PH) menamakan bekas Anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Halimey Abu Bakar sebagai sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia pada 8 Sept ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga  Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika mengumumkan perkara itu berkata Halimey, 46, merupakan anak tempatan.

"PRK DUN Seri Setia kali ini akan menggunakan buat pertama kali logo rasmi Pakatan Harapan. Saya minta pengundi DUN Seri Setia sekali lagi memberi peluang kepada calon kita dalam PRK ini," katanya ketika mengumumkan calon PH di sini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Dr Wan Azizah berkata terdapat 53,492 pengundi di DUN Seri Setia.

Halimey yang sudah berumahtangga dan mempunyai tiga anak serta dibesarkan di Kampung Lindungan di bawah DUN Seri Setia itu merupakan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Bekas Timbalan Setiausaha PKR Selangor itu yang berkelulusan Diploma Pengurusan Profesional  mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan upacara dan protokol majlis rasmi kerajaan dengan menjadi pengacara untuk pelbagai majlis.

Sebelum ini PAS menamakan bekas anggota Exco kerajaan negeri Selangor Dr Halimah Ali sebagai calon mereka bagi PRK itu.

PRK DUN Seri Setia merupakan PRK ketiga diadakan selepas PRU ke-14 (PRU14), berikutan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lepas.
Pada PRU14, 9 Mei lalu,  Shaharuddin daripada PKR mengalahkan tiga pencabarnya Datuk Yusoff HM Hanif (BN), Mohd Ghazali Daud (PAS) dan calon Bebas Dr S. Vignes dengan majoriti 19,372 undi.

BN sebelum ini memutuskan untuk tidak bertanding di Seri Setia sebaliknya memberi laluan kepada PAS meletakkan calonnya pada PRK itu yang turut diadakan serentak dengan PRK DUN Balakong yang juga PRK kedua selepas PRU14.

Pada 4 Ogos lalu, PRK pertama melibatkan DUN  Sungai Kandis, juga di Selangor, menyaksikan PH mempertahankan kerusi itu dalam pertandingan tiga penjuru berdepan BN dan calon Bebas.       

Kerusi itu kosong selepas penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...