Skip to main content

Harga gula turun mula 1 September


PUTRAJAYA -- Harga kawalan gula turun sebanyak 10 sen sekilogram (kg) berkuat kuasa 1 Sept,  menjadikan harga baharu gula pasir kasar RM2.85/kg dan RM2.95/kg bagi gula pasir halus.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika mengumumkan langkah itu hari ini berkata ia selaras dengan trend penurunan harga gula di pasaran dunia.
Katanya langkah sama turut dilaksanakan di beberapa negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand dengan harga gula di Malaysia masih antara yang terendah di rantau ini.
"Kerajaan juga prihatin terhadap isu kos sara hidup rakyat yang antara lain turut disumbangkan oleh peningkatkan harga beberapa barangan keperluan," katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan kementerian, di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata langkah itu diharapkan dapat mengurangkan jangkaan kesan berangkai (multiplying effect) ke atas harga makanan dan minuman di pasaran.
Menurut Saifuddin, kali terakhir harga gula disemak ialah pada 1 Mac 2017, naik 11 sen daripada RM2.84/kg kepada RM2.95/kg.
Bagaimanapun, beliau menegaskan penurunan harga gula tidak bermakna kerajaan menyokong  pengambilan gula berlebihan dan berharap rakyat terus mengamalkan gaya hidup sihat.
Pada 2016, katanya seramai 3.6 juta atau 17.5 peratus penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah penghidap diabetes dan angka itu akan terus meningkat sekiranya langkah pencegahan tidak diambil.
"Pengambilan gula pada kadar munasabah bukan sahaja mampu menyelamatkan seseorang itu daripada penyakit, malah rutin ini boleh menjimatkan perbelanjaan harian," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan keputusan kerajaan menyusun semula struktur beberapa kementerian dengan empat agensi di bawah KPDNHEP iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Koperasi Malaysia, Bank Rakyat dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) akan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan.
"Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah maklumkan secara bertulis keputusan itu kepada saya...langkah ini berkuatkuasa pada tarikh tarikh surat itu ditulis beberapa hari lepas," katanya.
Saifuddin berkata KPDNHEP akan kekal dengan tiga agensi iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...