Skip to main content

Hentikan diskriminasi ke atas wanita Islam berpakaian patuh syariah



KUALA LUMPUR, -- Golongan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat sudah tiba masanya kod etika pemakaian patuh syariah diamalkan dalam sektor swasta bagi mengelak diskriminasi ke atas wanita Islam.

Menurut mereka jika kerajaan campur tangan sudah pasti pihak majikan menghormati hak muslimah yang bekerja di sektor swasta  dan nasib mereka terbela apabila berpakaian mengikut syariah.

Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Prof Dr Taufiq Yup Yun Hin berkata hak berpakaian wanita Muslim perlu dilaksanakan segera oleh semua pihak berkaitan memandangkan isu ini sudah lama dinafikan.

“Kami juga menyarankan agar bagi kerjaya yang perlu berpakaian khas seperti jururawat, tentera dan sebagainya, pakaiannya haruslah sesuai dengan mereka yang menutup aurat ," katanya, lapor Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa yang mengumumkan kerajaan sedang mengambil inisiatif melaksanakan kod etika  berpakaian  pekerja wanita Islam di sektor swasta bagi mengelak diskriminasi ke atas mereka.

Taufik turut menyarankan agar majikan menggaji pekerja wanita berdasarkan kelayakan dan kemahiran sebagai merit dalam pelantikan ke sesuatu jawatan tanpa ada sebarang prejudis terhadap cara pemakaian.

Sementara itu,  ketua ahli farmasi Hospital PUSRAWI di sini, Rosliya Abas, 53, berkata perkara tersebut   boleh dilakukan dengan segera seandainya kerajaan campur tangan bagi memastikan majikan melaksanakannya dengan telus.

"Saya lihat kebanyakan syarikat swasta kurang menekankan pemakaian patuh syariah, bagi mereka lebih terbuka (seksi) lebih bagus (untuk menarik pelanggan). Jadi, kerajaan harus bantu syarikat-syarikat swasta di negara ini supaya dapat pertingkat mutu pemakaian patuh syariah terhadap semua kakitangan terutamanya wanita muslimah," katanya.

Beliau berkata   menerusia pelaksanaan kod itu, pekerja juga mampu bersuara melalui persatuan pekerja sekiranya majikan enggan membenarkan mereka berpakaian patuh syariah seperti mana yang dikehendaki mereka.

"Kita tidak boleh memilih tempat kerja namun hak berpakaian adalah hak masing-masing apabila seseorang itu diterima bekerja terutama di syarikat swasta selagi ia tidak melanggar peraturan keselamatan yang ditetapkan. Jika ada sebarang isu yang timbul, kita ada saluran untuk menyelesaikannya," katanya.

Menurut seorang kakitangan di sektor perhotelan yang hanya mahu dikenali sebagai Fit, pematuhan terhadap pemakaian patuh syariah seharusnya menjadi tanggungjawab individu.

"Majoriti wanita Islam sudah tentu mahu berpakaian menutup aurat tidak kira bekerja di sektor awam atau swasta kerana menutup aurat adalah wajib. Jadi  ini bukan isu syarikat swasta halang kebebasan tetapi kebebasan untuk menurut perintah agama sendiri,” katanya.

Katanya apa yang penting para pekerja perlu berpendirian teguh apabila bekerja di syarikat yang kurang patuh syariah dalam soal pakaian.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...