Skip to main content

Ibu bekas menteri mohom sijil faraid tuntut harta RM2 billion


KUALA LUMPUR – Ibu bekas menteri, Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis yang terkorban dalam kejadian helikopter terhempas pada 2015 memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, bagi mendapatkan sijil faraid untuk pembahagian harta Allahyarham yang dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion.
Aminah Abdullah, 84, selaku pemohon memfailkan permohonan itu pada 2 Mac lepas mengikut Seksyen 46(ix) Akta Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.
Peguam Syarie Kamar Ainiah Kamaruzaman memaklumkan permohonan tersebut bagi pembahagian, penyenaraian serta menentukan bahagian-bahagian harta yang ditinggalkan bekas anggota Parlimen Rompin itu kepada waris yang berhak.
“Permohonan ini untuk mendapatkan sijil faraid ke atas harta pusaka Tan Sri, ibu (Aminah) memohon untuk mendapatkan faraid dan kita telah maklum kepada balu Tan Sri, Puan Sri Dr Kalsom Ismail dan anak-anak.
“Harta-harta yang perlu dimasukkan adalah (anggaran) 20 keping tanah, rumah dan tanah kosong, di Malaysia, Amerika Syarikat, Makkah dan syarikat-syarikat arwah. Sama ada di bawah nama arwah atau atas nama anak-anak,” katanya kepada pemberita selepas prosiding pengurusan kes di dalam kamar Pendaftar Mahkamah Tinggi, Siti Zulaiha Mohamad Mansor.
Kamar Ainiah memaklumkan bahawa mahkamah turut membenarkan permohonan  balu dan anak-anak Allahyarham  untuk menjadi pencelah dalam permohonan itu dan Aminah juga tidak membantah sekiranya ada waris lain yang mahu menjadi pencelah.
Katanya mahkamah  menetapkan 13 Sept untuk pengurusan kes seterusnya.
Jamaludin yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat meninggalkan seorang balu yang kini berusia 62 tahun dan empat anak iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan berusia antara 23 hingga 33 tahun.
Pada prosiding hari ini, Aminah ditemani anaknya Mohamad Najeb Ali yang merupakan adik Jamaludin manakala balu Jamaludin dan anak-anaknya tidak hadir.
Pada 4 April 2015, Jamaludin, yang ketika itu berusia 64 tahun, bersama lima lagi maut apabila helikopter yang mereka naiki dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.
Turut maut juruterbangnya Kapten Clifford William Fournier, Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pegawai peribadi Jamaludin, Razakan Seran serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...