Skip to main content

Indonesia janji keselamatan atlet Malaysia terjamin



SERI KEMBANGAN – Kerajaan Indonesia telah memberi jaminan keselamatan bagi kontinjen negara di Sukan Asia Jakarta-Palembang minggu depan, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Syed Saddiq berkata selain itu juga kementeriannya telah mengadakan perbincangan dengan pihak polis negara berkenaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai keselamatan atlet yang mengambil bahagian dalam temasya dari 18 Ogos-2 Sept ini.
“Sebelum ini saya ke Indonesia melakukan tinjauan di Palembang dan Jakarta, saya sempat berjumpa dengan Presiden Indonesia Joko Widodo dan menterinya berbincang isu keselamatan (bersempena Sukan Asia).
“Mereka berjanji untuk memastikan keselamatan atlet kita terjamin. Beberapa perkara perlu diperhalusi, antaranya saya dimaklumkan pihak PDRM akan pergi lebih awal ke Indonesia bagi mendapatkan taklimat lanjutan,” katanya ketika ditemui pemberita pada kayuhan Maju Expressway (MEX Ride 2018) di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seri Kembangan.
Jaminan keselamatan itu dianggap penting memandangkan beberapa insiden membabitkan pasukan Malaysia di negara itu dengan yang terbaharu pada 12 Julai di mana para pemain pasukan bola sepak bawah 19 tahun dilontar botol dan batu semasa kejohanan AFF di Stadium Gelora Delta di Sidorajo.​​​​​​​
​​​​​​​Sementara itu, mengenai kekecohan pada perlawanan persahabatan skuad bola sepak bawah 23 tahun antara Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE FA) pada Jumaat, Syed Saddiq berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
“Kita akan bertegas, ia tidak sepatutnya berlaku. Pihak kerajaan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan pastikan isu ini diselesaikan dengan baik,” jelasnya, lapor Bernama.
Insiden pergaduhan itu berlaku pada tempoh kecederaan babak kedua selepas pemain UAE Mohammed Khalfan Al-Harazi mengasari pemain negara dan ini cetuskan tindak balas.
Berikutan itu pihak pasukan lawan telah menggugurkan Mohammed Khalfan daripada senarai pemain mewakili negara itu pada Sukan Asia nanti.
Tindakan itu diambil selepas persatuan itu meneliti laporan awal yang mendapati Mohammed Khalfan menjadi punca insiden pergaduhan itu.
Dalam satu kenyataan di laman sesawangnya pada Sabtu, UAE FA turut memohon maaf kepada FAM berhubung insiden itu yang tidak mencerminkan etika dan semangat kesukanan pasukan itu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...