Skip to main content

Isu kaum dan agama tidak boleh jadi bahan gurauan



PENAMPANG -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan semua pihak agar menghindarkan diri daripada menggunakan isu-isu sensitif di negara majmuk seperti Malaysia, terutama isu kaum dan agama, sebagai bahan senda gurau kerana ia boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat.

Mohd Shafie berkata banyak negara di dunia hari ini berhadapan banyak masalah dalaman serta konflik kerana kegagalan negara berkenaan mengurus isu-isu sensitif seperti itu dan kegagalan itu telah menjadi ancaman dalaman kepada negara berkenaan.

"Sebab itu, kita berharap rakyat di negara ini jangan permainkan persoalan agama, jangan persendakan persoalan kaum lain kerana ini unsur yang boleh memecah-belahkan kita.

"Sebagai rakyat Malaysia, yang penting kepada kita ialah kita mesti ada kesepaduan dan kesepakatan…," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018 yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking, Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.

Menurut Mohd Sahfie, Malaysia hari ini, walaupun hanya sebuah negara kecil, boleh berbangga kerana telah banyak membangun mendahului banyak negara lain yang merdeka jauh lebih awal daripada negara ini.

Katanya, keupayaan Malaysia membangun lebih cepat berbanding banyak negara lain itu ialah kerana wujud perpaduan serta kesepakatan dalam kalangan rakyatnya.

"Apabila rakyat bersatu-padu, maka kita boleh memanfaatkan kekayaan yang ada di negara dan negeri kita. Kalau perbalahan dan peperangan yang berlaku di negara kita, sudah pasti apa juga kekayaan di negara ini, di negeri ini,  tidak dapat dinikmati oleh anak dan generasi kita yang akan datang," katanya.

Justeru Mohd Shafie mengajak semua lapisan rakyat agar mencurahkan segala daya upaya mereka untuk bersama-sama kerajaan membangunkan negara dan memanfaatkan segala kekayaan di negara ini termasuk mewujudkan sebanyak mungkin peluang pekerjaan untuk rakyat.

Katanya, kemerdekaan negara ini tidak akan bermakna sekiranya rakyat menganggur atau kekayaan negara ini dibolot oleh segelintir masyarakat sahaja sedangkan segolongan lain masih kekurangan serba serbi atau jauh tertinggal dari arus pembangunan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...