Skip to main content

Isu syarikat air di Selangor akhirnya selesai




SHAH ALAM -- Proses pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) yang sudah lama tertangguh akhirnya selesai apabila syarikat konsesi itu secara prinsipal bersetuju menerima nilai tawaran pengambilalihan syarikat itu oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berjumlah RM2.55 bilion, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Beliau berkata nilai tawaran untuk mengambil alih syarikat konsesi itu dicapai berikutan rundingan selama hampir setahun yang berlangsung antara pihak Air Selangor dan SPLASH Holdings.

"Pengambilalihan ini tidak membabitkan apa-apa peruntukan kewangan daripada dana Kerajaan Negeri Selangor dan telah distrukturkan dengan pembayaran secara jangka panjang.

"Ini membolehkan Air Selangor beroperasi dengan tahap perbelanjaan kos operasi yang munasabah, sekali gus memastikan kadar tarif air yang tidak membebankan rakyat," katanya, lapor Bernama.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Suhaimi Kamaralzaman dan Pengerusi SPLASH Holdings Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah.

​​​​​​​​​​​Amirudin berkata nilai pengambilalihan SPLASH berjumlah RM2.55 bilion yang ditawarkan bersamaan dengan diskaun sebanyak 28 peratus berdasarkan nilai buku bersih SPLASH pada 30 Jun 2018 iaitu sebanyak RM3.54 billion.

Katanya pengambilalihan ini juga akan menyelesaikan hutang tertunggak yang ditanggung oleh anak syarikat Air Selangor, iaitu SYABAS, kepada SPLASH untuk pembelian air terawat yang telah mencecah sebanyak RM4.7 bilion setakat 30 Jun 2018.

Beliau berkata Air Selangor akan membayar secara ansuran untuk tempoh selama sembilan tahun bagi mengambil alih syarikat SPLASH.

Amirudin berkata menjelang 2019, Air Selangor muncul sebagai syarikat tunggal yang memproses, merawat dan mengagihkan air terawat kepada seluruh pengguna di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut kenyataan daripada pejabat Menteri Besar Selangor, nilai pengambilalihan ini adalah adil dan munasabah berasaskan kepada prinsip ‘sedia membeli, sedia menjual’ dan telah menerima pengesahan oleh penilai-penilai bebas yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan.
​​​​​​​
Ia menyebut Air Selangor akan membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM1.9 bilion dan baki pertimbangan sebanyak RM650 juta akan dibayar melalui bayaran ansuran tahunan untuk tempoh selama sembilan tahun.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mendakwa kerajaan negeri akan membeli SPLASH pada harga RM2.7 bilion namun ia dinafikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Dalam majlis itu, Amirudin turut menyaksikan upacara pemberian surat tawaran itu yang disampaikan Suhaimi kepada Wan Azmi.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...