Skip to main content

Jangan cetus provokasi semasa kempen


PETALING JAYA  – Polis mengingatkan semua pihak supaya menjaga dan memelihara ketenteraman di sepanjang  kempen Pilihan Raya Kecil DUN Balakong dan Seri Setia selama tiga minggu bermula hari ini.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk  Ab Rashid Ab Wahab juga berpesan supaya penyokong dan yang terbabit dengan kempen  tidak melakukan provokasi ke atas pihak lawan, tidak membangkitkan isu sensitif serta merosakkan harta awam.
“Pihak-pihak yang berkempen dinasihati mengikut prosedur dan undang-undang yang telah ditetapkan terutamanya dari segi permit ceramah dan masa yang ditetapkan. Calon yang bertanding dinasihatkan agar tidak menghantar permohonan permit untuk mengadakan ceramah di saat-saat akhir,” katanya dalam satu kenyataan. 
Proses penamaan calon kedua-dua PRK itu hari ini berjalan lancar tanpa berlaku sebarang insiden yang menggugat keselamatan. 
Beliau berkata polis memberikan fokus kepada memelihara ketenteraman dan keselamatan awam serta pencegahan jenayah.

Ab Rashid berkata bagi tujuan itu, polis akan menempatkan elemen penugasan polis seperti balai polis bergerak serta rondaan yang lebih kerap oleh kereta peronda MPV, Unit Rondaan Bermotosikal dan trafik di tempat-tempat yang strategik bagi mencegah jenayah serta melancarkan perjalanan trafik sepanjang tempoh berkempen kelak.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mempercayai sumber-sumber maklumat yang tidak sahih sebaliknya merujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu untuk mendapatkan fakta daripada sumber yang boleh dipercayai, katanya, lapor Bernama.
​​​​​​​​​​​​​​Ab Rashid berkata orang ramai boleh menyalurkan atau mendapatkan pengesahan daripada polis dengan menghubungi talian Hotline 03-2052 9999 atau menyalurkan maklumat di facebook rasmi Polis Selangor di alamat http://www.facebook.com/PolisSelangor.
Bagi tujuan untuk menyalurkan maklumat yang cepat dan tepat, polis telah melantik Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof sebagai jurucakap bagi PRK Balakong manakala Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din bagi PRK Seri Setia. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...