Skip to main content

Jenazah Mahadzir Lokman selamat dikebumikan



KUALA LUMPUR -- Jenazah ikon penyiaran negara Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, hari ini.

Jenazah Allahyarham tiba di Masjid Kolej Islam Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya, di sini, pada kira-kira 9.35 pagi sebelum disolat dan dikebumikan kira-kira 10.10 pagi.

Bernama melaporkan Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan berkenaan apabila ratusan anggota keluarga, rakan artis dan penggiat seni tanah air memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Adik Allahyarham, Ida Lokman berkata arwah abangnya itu memang rapat dengan keluarga, malah sentiasa memberi galakan kepadanya terutama semasa beliau kehilangan suaminya, 15 tahun lepas.

Abang saya (Mahadzir) seorang yang bermotivasi dan saya sering dimotivasi olehnya untuk terus berusaha dan berjaya dalam hidup.


Saya mendengar nasihatnya kerana itulah saya mampu untuk berdikari demi membesarkan anak-anak saya, katanya ditemui pemberita di tanah perkuburan berkenaan.

Ida berkata Allahyarham meninggal dunia selepas menunaikan solat Subuh akibat kesukaran bernafas dan ditemui terbaring di atas katil di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

Arwah mungkin kepenatan akibat sering 'travel' atas urusan kerja. Tambah, arwah bukannya sihat sangat kebelakangan ini, katanya.

Sementara itu, penyanyi rock tanah air, Amy Search berkata pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar dalam industri penyiaran negara dan menyifatkannya sebagai seorang yang kelakar dan suka 'mengusik' rakan-rakannya.

Kali terakhir saya jumpa beliau (Mahadzir) adalah di sebuah majlis Hari Raya Aidilfitri lalu, di mana waktu itu Allahyarham masih sihat. Kami memang rapat dan beliau sangat menyayangi kawan-kawannya, saya amat terkejut dengan pemergian Allahyarham dan saya akan rindukan usikan dia, katanya.


Pengerusi Yayasan Artis Malaysia Datuk DJ Dave berkata Allahyarham adalah seorang 'master of ceremonies' yang mempunyai kepakaran dan sentiasa berjaya menghidupkan suasana ketika mengacarakan sesuatu majlis.

Beliau seorang yang kelakar dan pandai menarik perhatian orang ramai ketika menjadi pengacara, seorang yang serba boleh kerana boleh menjadi penyanyi dan pelakon dalam satu masa. Saya mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan tempatkan dalam kalangan orang beriman, katanya.

Allahyarham Mahadzir yang disahkan meninggal dunia kira-kira 9.30 pagi semalam dipercayai berpunca daripada masalah kesihatan yang dihidapinya, pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru.

Mahadzir memulakan kerjayanya sebagai penyampai berita bahasa Malaysia dan Inggeris pertama di stesen TV3, pada tahun 1984 dan pernah menjadi pengacara pertama bagi beberapa program televisyen terbitan stesen itu, antaranya Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini (MHI) dan Melodi.


Allahyarham kerap diundang sebagai pengacara dalam pelbagai acara bertaraf antarabangsa kerana kefasihannya bertutur dalam pelbagai bahasa termasuk Perancis, Sepanyol dan Itali.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...