Skip to main content

Jom, solat berjemaah...



ALOR SETAR -- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEIK) melancarkan kempen 'Solat Berjemaah' bagi membudayakan solat berjemaah dalam kalangan kakitangan awam peringkat negeri dan persekutuan di negeri ini.

  Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri, Datuk Dr Ismail Salleh berkata kempen itu bermula hari ini dan melibatkan solat Zuhur, manakala solat Asar digalak untuk dilaksanakan.

  "Ini bukan wajib, tetapi kita nak galakkan kakitangan kerajaan semakin ramai bersolat secara berjemaah di masjid atau surau di tempat kerja masing-masing.

  "Sempena pelancarannya, kakitangan JHEIK ke Masjid Zahir di sini bagi melaksanakan solat Zuhur berjemaah dan selepas ini kita harap ia dapat diperluaskan lagi di semua jabatan," katanya, lapor Bernama.

  Sementara itu, Ismail meminta agar 575 imam masjid memastikan peranan dan fungsi masjid tidak disalahgunakan pihak lain untuk kepentingan politik sehingga menjejaskan hubungan silaturahim dalam kalangan umat Islam.

  "Arahan sudah dikeluarkan dan berharap ia tidak berlaku kerana boleh menimbulkan keresahan kepada makmum yang mempunyai pelbagai ideologi politik, barangkali imam sedia maklum hal ini, tetapi mereka yang dijemput mengendalikan kuliah atau membaca khutbah sering berbuat demikian dan kita memandang serius masalah ini," katanya.

  Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) meneruskan program 'My Daftar Nikah' hasil inisiatif kerajaan negeri terdahulu dalam usaha menggalakkan pasangan Islam yang berkahwin di luar negara berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri ini.

  "Inisiatif ini menggalakkan mereka datang ke bahagian Undang-Undang Keluarga Islam menguruskan dokumen-dokumen diperlukan dan dihantar ke Mahkamah Syariah untuk diselesaikan dan ia tanpa campur tangan mana-mana pihak dalam urusan perbicaraan, penghakiman dan jumlah denda.

  "Apa dilakukan ini untuk mempercepat dan melancarkan proses pendaftaran perkahwinan bagi yang bernikah di luar negara agar tidak timbul masalah kepada anak-anak dalam mendapatkan kemudahan disediakan kerajaan," katanya.

  Sejak ia dilaksanakan bermula April hingga 29 Julai lalu, 165 kes poligami dan 196 kes monogami berjaya didaftar dan diselesaikan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...