Skip to main content

Kapten Equanimity gembira dapat balik ke perairan Malaysia



PELABUHAN KLANG, -- Kapten kapal layar mewah Equanimity, Oystein Senneseth berkata beliau dan 17 anak kapal yang lain gembira dapat membawa balik kapal itu ke perairan Malaysia.

Katanya  kesemua mereka berada dalam keadaan baik serta bebas bergerak ke mana sahaja dan akan melakukan segala yang perlu untuk memastikan kapal itu sentiasa dalam keadaan baik.

“Kru kapal gembira dapat bawa balik Equanimity ke sini dan mereka sekarang lebih tenang.

“Pada awalnya masing-masing agak bimbang kerana ini situasi yang baharu dengan senjata api dan anggota polis berada di atas kapal… tetapi sekarang mereka lebih relaks,” katanya hari ini ketika ditemui  pemberita di Terminal Boustead Cruise Centre di sini, di mana kapal itu sedang berlabuh sekarang.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia yang memberikan segala bantuan yang perlu kepada mereka selama ini.
         
Kapal layar yang dianggar bernilai  RM1 bilion itu tiba di pusat tersebut semalam dan dipercayai antara aset yang dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho atau Jho Low yang dipercayai pemiliknya kini dalam buruan pihak berkuasa negara bagi membantu siasatan 1MDB.
Menurut Jabatan Peguam Negara, kapal layar itu dirampas mengikut prosedur yang betul di bawah  undang-undang Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...