Skip to main content

Kelompok LBGT diminta hormati hak majoriti



PUTRAJAYA — Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) diingatkan untuk menghormati sensitiviti dan hak kelompok majoriti masyarakat di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Beliau berkata adalah penting untuk kerajaan hari ini melindungi sensitiviti dan suara majoriti berhubung  isu tersebut terutamanya para ibu bapa yang risau anak mereka akan terpengaruh dengan gaya hidup sebegitu sekiranya ia dipromosikan secara umum.

“​Apabila golongan LGBT bercakap mengenai hak asasi manusia, kita menghormati hak mereka, tetapi dalam masyarakat ada banyak kelompok lain yang turut mempunyai hak… majoriti masyarakat di negara ini tidak mahu budaya tersebut dipromosikan secara umum," katanya, alpor Bernama..

Fuziah berkata demikian ketika mengulas arahan penurunan dua potret aktivis LGBT pada pameran fotografi ‘Stripes and Strokes’ bersempena Festival Georgetown, Pulau Pinang.

“Apabila kita suruh turunkan (potret aktivis) bukan bermaksud kita mendiskriminasi mereka, kita hormat tetapi bukan sehingga kita mempromosi dan mengiktiraf mereka seolah-olah majoriti di negara ini tidak mempunyai suara,” katanya.

"Kalau mereka (golongan LGBT) mengamalkannya di ruang peribadi mereka itu adalah antara mereka dengan Tuhan tetapi apabila mereka mengamalkanya di khalayak dan mempromosikannya pula, maka itu melanggar norma-norma dan syariat. Kita menghormati hak mereka tetapi mereka perlu bataskannya hanya di ruang peribadi," katanya.

Terdahulu ketika berucap merasmikan seminar Cakna Isu-Isu Semasa “Wacana Kontemporari Wanita dan Hak Asasi”, Fuziah berkata adalah penting untuk memastikan golongan wanita menduduki sekurang-kurangnya 30 peratus dalam peringkat pembuat keputusan.

“Ini adalah kerana perspektif yang dibawa wanita adalah berbeza daripada lelaki dan bagi memberi keseimbangan dalam setiap keputusan perlu adanya input-input daripada golongan ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...