Skip to main content

Kerajaan jalankan kajian terhadap monopoli barang


KUALA LUMPUR --  Kerajaan sedang menjalankan kajian menyeluruh ke atas masalah struktur yang disebabkan oleh kuasa monopol, yang menyumbang kepada masalah kenaikan harga barang keperluan, termasuk gula, di negara ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata sebagai contoh, harga runcit gula di peringkat antarabangsa hanya RM1.40 (satu kilogram) namun harga di Malaysia sebanyak RM2.90 (se kilogram).
“Ini adalah masalah struktur dan kuasa monopoli yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.
“Meraka hanya mahu keuntungan yang mereka tetapkan, dan menggunakan kuasa monopoli untuk kekalkan harga barangan,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Khairudin Samad pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara, lapor Bernama.
Lim berkata pengumuman mengenai kajian harga gula itu akan dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Selain masalah struktural dan kuasa monopoli, Lim berkata isu keseimbangan permintaan dan penawaran juga merupakan antara faktor yang menyebabkan harga barang masih berada pada tahap yang sama, walaupun kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) dikurangkan pada kadar sifar mulai 1 Jun.
“Selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan menghindari pihak yang tidak bertanggungjawab daripada mengambil kesempatan menaikkan harga untuk meraih keuntungan berlebihan, KPDNHEP akan memberi tumpuan sepenuhnya untuk membendung isu kenaikan harga barang melalui pelbagai langkah kawalan harga serta inisiatif,” katanya.
Beliau berkata inisiatif tersebut termasuk menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 melalui Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018 dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan pencatutan menerusi Operasi Anti Pencatutan (OPS CATUT).
“Sesi penglibatan dengan persatuan pengguna dan agensi kerajaan juga akan diadakan, dan langkah penguatkuasaan ke atas perniagaan akan dijalankan secara berterusan di seluruh negara,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Kementerian Pendidikan nafi tak sambung kontrak syarikat kawalan keselamatan

KUALA LUMPUR -- Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) bahawa kementerian tidak menyambung kontrak syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan yang tamat tempoh pada 31 Dis lepas. Dalam satu kenyataan, KPM menegaskan kesemua kontrak yang tamat tempoh itu telah ditender semula mengikut keperluan semasa, norma baharu kementerian. "KPM tidak pernah menganiaya mana-mana pihak dalam perkara ini dan tidak pernah menamatkan perkhidmatan 12,000 pengawal keselamatan seperti yang didakwa PIKM. "Kontrak yang ditender semula disertai oleh syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan berdasarkan keperluan semasa seperti bilangan syif dan pekerja," kata kenyataan itu. KPM berkata syarikat yang pernah mendapat kontrak daripada kementerian sebelum ini juga menyertai proses tender yang dijalankan secara adil, telus dan penuh berintegriti. Presiden PIKM Datuk Seri Mu

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer of Proton E

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari dengan Majistret Ahmad Asyraf Mohammad Kamal membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman 10 daripada mereka termasuk tujuh penjawat awam terbabit sehingga Jumaat ini. Empat pem