Skip to main content

Kerajaan jamin tidak hentikan elaun sara hidup nelayan




KUALA LUMPUR -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengulangi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menghentikan elaun sara hidup nelayan, kata Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub.
Beliau berkata selain elaun berkenaan, insentif seperti subsidi diesel yang diberikan kepada golongan itu sejak 2008 juga akan diteruskan.
"Saya mahu YB (Tangga Batu) dengar kenyataan dari kementerian saya sahaja, jangan dengar cakap-cakap pihak lain, jaminan yang diberikan oleh kerajaan ialah tidak sekali-kali sebarang elaun dihentikan dan insentif yang termaktub sejak 2008 akan dipastikan diterima golongan nelayan," katanya pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan tambahan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) yang mahu menteri menyatakan  adakah benar ada cadangan kerajaan akan menghentikan insentif kepada nelayan termasuk elaun, subsidi diesel dan insentif 10 sen hingga 20 sen bagi setiap hasil tangkapan oleh nelayan.
Sebelum ini, pada Jun lepas, Salahuddin berkata pemberian elaun sara hidup secara bulanan kepada nelayan tidak akan dihentikan walaupun Kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil alih pentadbiran negara.
Menjawab lanjut soalan Rusnah berkenaan kategori nelayan yang menerima elaun itu, Salahuddin berkata setakat ini hanya nelayan tulen yang benar-benar menjadikan aktiviti menangkap ikan sebagai kerjaya layak menerima elaun berkenaan.
Beliau berkata kementerian juga akan melaksanakan pelan khusus untuk meningkatkan pendapatan golongan itu seperti memperbanyak kawasan pembiakan ikan di kawasan tertentu dan projek memperbaiki kerosakan akibat hakisan pantai.
Katanya ia juga termasuk menggalakkan nelayan yang mempunyai tanah untuk menanam varieti buah-buahan baharu seperti nanas madu dan rambutan mutiara merah yang mempunyai nilai tinggi di pasaran.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...