Skip to main content

Kerajaan Persekutuan kutip hasil RM220.406 pada 2017



KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan mencatatkan hasil sebanyak RM220.406 bilion pada 2017, iaitu meningkat sebanyak 3.8 peratus (RM7.985 bilion) berbanding 2016.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2017 yang dikeluarkan hari ini, perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM262.579 bilion iaitu meningkat sebanyak RM10.411 bilion berbanding 2016.

“Kerajaan Persekutuan mengalami defisit berjumlah RM40.321 bilion dengan nisbah defisit kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada paras tiga peratus,” katanya.

Menurut laporan itu, Kerajaan Persekutuan telah membuat pinjaman dari dalam dan luar negara berjumlah RM129.248 bilion bagi membiayai perbelanjaan pembangunan dan membayar balik hutang manakala hutang Persekutuan berjumlah RM686.837 bilion dengan nisbah hutang kepada KDNK pada paras 50.8 peratus.

“Pembayaran balik hutang secara terus daripada akaun pinjaman disatukan adalah di luar mekanisme bajet kerajaan.

“Ini bermaksud bayaran balik hutang (prinsipal) tidak diperuntukkan dalam bajet tahunan Kerajaan Persekutuan yang dibentangkan di Parlimen dan tidak ditanggungkan dalam perbelanjaan mengurus tahun semasa,” menurut laporan itu.

Ketua Audit berpendapat memandangkan bayaran balik hutang tidak dibajetkan di bawah peruntukan mengurus, disyorkan agar anggaran pinjaman baharu yang akan dibuat bagi menampung bayaran balik prinsipal hutang turut dibentangkan di Parlimen semasa pembentangan bajet mengurus dan pembangunan.

“Kementerian Kewangan perlu membentangkan anggaran pinjaman baharu yang akan dibuat bagi menampung bayaran balik prinsipal hutang semasa pembentangan bajet mengurus dan pembangunan di Parlimen untuk meningkatkan ketelusan dalam pengurusan kewangan kerajaan,” katanya.

Selain itu, ia turut mengesyorkan agar rekod kewangan Kerajaan Persekutuan sentiasa lengkap dan kemas kini dengan melaksanakan semakan berkala di semua peringkat.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Pendapatan RM2 juta tanam tembikai wangi

KOTA BHARU -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) gembira apabila pendapatan 29 peserta Ladang Kontrak Projek Agrotourism di Kampung Banggol di sini kini hampir mencecah RM2 juta setahun. Pengerusinya, Ishak Ismail berkata beliau yakin hasil penanaman tembikai wangi yang mereka usahakan di sebidang tanah berkeluasan lebih 40 hektar di kampung itu akan mencecah lebih RM2 juta pada tahun ini berdasarkan kepada mutu buah yang semakin baik dan mendapat permintaan tinggi. "Pendapatan mereka kini meningkat pada setiap tahun dan sebagai perbandingan pada 2011 mereka mendapat sekitar RM235,000 dan pada tahun lepas pendapatan mereka sudah mencecah hampir RM2 juta. "Ini hasrat kita untuk melihat petani ini berjaya dan akhirnya keluar daripada garis kemiskinan dan sebab itu FAMA akan membantu mereka berjaya dalam pertanian," katanya kepada Bernama selepas majlis  menandatangani perjanjian jual beli tembikai...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...