Skip to main content

Kerajaan tetap utamakan bahasa Melayu - Tun M



KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian kerajaan untuk tetap mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi negara.
Beliau, bagaimanapun berkata dalam keadaan tertentu terjemahan ke dalam bahasa lain seperti Bahasa Inggeris perlu dibuat bagi memberi penjelasan kepada mana-mana orang asing yang turut berada dalam sesuatu majlis rasmi itu.
“Perlembagaan kita telah memenuhi segala kehendak berkenaan perlindungan bahasa kebangsaan tetapi ada kalanya terjemahan dibuat dalam bahasa lain, namun yang rasmi ialah Bahasa Melayu kerana terjemahan bukan rasmi. Kalau tidak betul itu hal dia dan yang betul serta boleh dibawa ke mahkamah adalah yang ditulis dalam Bahasa Melayu.
“Kita perlu menentukan (mengambil kira) orang asing yang datang ke Malaysia yang tidak fasih Bahasa Melayu untuk memahami apa yang kita katakan. Sebab itu kadangkala ada menteri menggunakan Bahasa Inggeris atau Tamil atau Mandarin untuk jelaskan, tetapi penjelasan itu tidak dikira sebagai rasmi,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, lapor Bernama.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang ingin tahu pendirian kerajaan terhadap laporan beberapa kementerian menggunakan Bahasa Mandarin dan Tamil dalam urusan rasmi.
Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Santhara Kumar (PH-Segamat) mengenai penggunaan Bahasa Inggeris dan bahasa lain dalam surat ucapan tahniah dan takziah kepada negara lain, Dr Mahathir berkata perkara itu adalah amalan biasa.
“Dalam hubungan antara negara amat penting maksud sesuatu surat difahami oleh sasaran. Malah saya selalu terima surat daripada orang Eskimo umpamanya, mereka memberi tafsiran dalam Bahasa Inggeris kerana kalau tidak saya tidak boleh faham.
“Tetapi yang dianggap sebagai rasmi ialah bahasa kebangsaan dalam bangsa itu sendiri. Bagi Malaysia, Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi. Apabila kita tulis surat kita guna Bahasa Melayu dan diterjemahkan ke Bahasa Inggeris,” katanya.
Bagi pertanyaan asal Shamsul Anuar mengenai jaminan kerajaan terhadap hak Melayu dan Bumiputera terus terbela, Dr Mahathir berkata hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan itu tetap terjamin dan dipertahankan kerajaan Pakatan Harapan.
“Sehubungan itu perkara berhubung hak-hak Melayu dan Bumiputera serta penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah terjamin seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan sebarang cadangan pindaan berhubung perkara tersebut hendaklah dirundingi dan mendapat persetujuan Majlis Raja-raja selaras kehendak Perkara 159 dan 38 Perlembagaan Persekutuan, sebelum ia boleh dilaksanakan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...