Skip to main content

Kongsi tandas: bukan niat perkecilkan OKU



KUALA LUMPUR -- Cadangan agar golongan transgender menggunakan tandas yang dikhaskan untuk golongan kurang upaya (OKU) bukan bermaksud atau berniat untuk mengecilkan perasaan golongan OKU, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.
Katanya, ia sekadar satu penyelesaian terhadap kebajikan golongan transgender yang mungkin berasa tidak selamat atau tidak selesa untuk menggunakan tandas lelaki atau wanita.
"Sedih apabila melihat isu ini diperbesarkan, saya hanya memberi cadangan sebab tandas OKU private, ia tidak berkongsi dengan lelaki atau wanita.
“Ia tidak bermaksud atau berniat untuk mengecilkan golongan OKU, ia cuma mungkin memberi jalan penyelesaian, sebab sekarang ini kalau tidak boleh menggunakan tandas lelaki dan wanita, mereka mahu guna tandas mana?" katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam Program Diskusi Seputar Isu bertajuk 'LGBT : Antara Hukuman dan Bimbingan' terbitan Bernama Radio.
Fuziah berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan golongan OKU esok, bagi melihat isu itu secara menyeluruh dan menyatakan komitmennya untuk membantu mereka (OKU) juga.
Isnin lalu, Fuziah mencadangkan langkah sementara itu sebagai penyelesaian terbaik selepas mengambil kira perasaan segelintir wanita yang berasa tidak selamat apabila golongan transgender menggunakan tandas wanita, lapor Bernama.
Bagaimanapun, cadangan itu mendapat reaksi pelbagai pihak antaranya termasuk personaliti televisyen yang juga juga Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral Ras Adiba Radzi yang membantah perkara itu dan mempersoalkan mengapa ia perlu dikongsi dengan mereka yang mempunyai keupayaan.
Sementara itu, dalam program satu jam yang bersiaran secara langsung di Bernama Radio itu, Fuziah berkata isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) perlu ditangani secara holistik dengan komitmen seluruh masyarakat.
Katanya, masyarakat memainkan peranan penting menyediakan persekitaran yang positif untuk golongan itu dengan memahami dan menerima keadaan mereka tanpa menyisih atau melakukan diskriminasi terhadap mereka.
"Saya khuatir tindakan menyisihkan mereka akan menyebabkan golongan ini menjauhkan diri daripada ajaran agama Islam.
Saya khuatir dengan keadaan di mana masyarakat menunjukkan bahawa mereka ini lebih murni, suci daripada golongan LGBT, saya takut masyarakat melakukan dosa dengan membuatkan LGBT ini lari daripada Islam," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...