Skip to main content

Krisis kewangan Turki dijangka beri kesan kepada Malaysia


KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menjangkakan Malaysia akan menerima kesan daripada krisis kewangan Turki.
Menteri, Darell Leiking berkata bagaimanapun pihaknya akan memastikan perdagangan Malaysia dengan Turki kekal dilindungi di samping mencari penyelesaian untuk membantu industri yang berpotensi​​​​​​​ terjejas​​​​​​​ ekoran krisis itu.
“Apabila berlaku krisis kewangan, ia akan memberikan beberapa kesan namun, kita sentiasa bersedia dan berhati-hati mengenainya,” katanya kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Aeroangkasa Malaysia 2018.
Beliau berkata, kementerian itu akan terus memantau perkembangan di Turki.
Mata wang Turki, Lira, mengalami penyusutan 44 peratus setakat ini bagi 2018 sekali gus menjadi mata wang berprestasi paling buruk di dunia.
Tahun lepas, dagangan Malaysia dengan Turki berada pada RM12.06 bilion, meningkat 43.8 peratus daripada 2016.
Eksport Malaysia ke Turki pada 2017 naik 47.1 peratus kepada RM10.51 bilion berbanding tahun sebelumnya manakala import berkembang 24.6 peratus kepada RM1.55 bilion.
Sementara itu, mengenai industri aeroangkasa, Leiking berkata MITI yakin Malaysia boleh menjadi negara aeroangkasa terkemuka di ASEAN pada 2030 seperti disasarkan menerusi Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2015-2030.
‘Selain keupayaan syarikat tempatan untuk menyokong aktiviti pembuatan dan penyenggaraan, pembaikan serta baik pulih (MRO), pelaburan berkualiti dan permintaan pasaran yang kukuh juga akan mempercepatkan pembangunan rantaian bekalan tempatan,” katanya, lapor Bernama.
Beliau berkata, industri tersebut juga mengalami lonjakan pelaburan sejak beberapa tahun ini dengan beberapa firma multinasional mewujudkan dan memperluas operasi di seluruh rangkaian kemudahan aeroangkasa yang sedang berkembang.
Tahun lepas, industri aeroangkasa Malaysia merekodkan perolehan keseluruhan RM13.5 bilion berbanding RM12.7 bilion pada 2016 dengan eksport meningkat 54 peratus kepada RM8.51 bilion daripada tahun sebelumnya

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...