Skip to main content

Lelaki ini dicari polis!



SIBU -- Polis Sibu sedang giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai boleh membantu menyelesaikan kes pembunuhan pembantu pendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Nurnia Azalea Priscilla Edward.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Philip Uja, awal 40-an berasal dari daerah yang sama dengan mangsa iaitu Kanowit dan mereka saling mengenali.

Siasatan awal kami mendapati lelaki itu dilihat berada di kawasan rumah di mana mangsa menyewa pada malam sebelum mangsa dijumpai mati petang semalam, kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit.

Bercakap kepada pemberita di Balai Polis Sentral Sibu beliau berkata, pihaknya masih belum mendapat gambaran jelas mengenai hubungan lelaki itu dengan mangsa namun katanya rakan-rakan mangsa memberitahu mangsa pernah menyatakan lelaki itu pernah berjumpa dengannya.

Katanya, jiran mangsa yang tinggal di tingkat atas rumah sewa tersebut di Jalan Tiong Hua di sini ada terdengar jeritan wanita pada lebih kurang pukul 8 malam, tetapi tidak mengesyaki sesuatu perkara buruk berlaku.

Penyewa bilik bersebelahan difahamkan keluar bekerja pada masa tersebut.

Beliau meminta orang ramai ataupun mana-mana pihak yang telah menyebarkan gambar lelaki berkenaan di laman-laman sosial supaya menghubungi Balai Polis Sentral Sibu di talian 084-336144 atau mana-mana balai polis berdekatan sekiranya mempunyai sebarang maklumat ataupun mengetahui keberadaan lelaki tersebut.

Stanley berkata mangsa yang hanya berkain sarung ditemui dengan kaki dan tangannya terikat ke belakang dalam keadaan tertiarap dan mukanya ditutup dengan tudung dan tersembam ke lantai.

Tiada tanda-tanda kecederaan yang nyata pada mangsa yang mungkin menjadi punca kematiannya. Kami masih menunggu ahli patalogi dari Kuching datang untuk menjalankan bedah siasat ke atas mangsa, katanya.

Beliau sekali lagi menolak andaian sesetengah pihak melalui laman sosial bahawa mangsa telah diseksa dan dirogol.

Andaian rogol itu adalah tidak benar, katanya sambil menggesa agar semua pihak berhenti membuat sebarang spekulasi yang mungkin boleh mengguris perasaan waris mangsa.

Menurut beliau lagi, tiada kesan umpilan pada pintu bilik sewa mangsa dan tiada kesan barangannya diselongkar ataupun hilang.

Mangsa ditemui mati di bilik sewanya oleh rakan-rakan sekerja beliau pada 3 petang semalam selepas dihubungi oleh suami mangsa, Mohd Zakaria, 29, yang gagal menghubungi telefon mangsa pada malam kejadian tersebut.

Mohd Zakaria yang bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah di Tatau, Bintulu berkahwin dengan mangsa pada November tahun lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...